MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Bukan-senang-nak-senang

Entahlah. Kadang tu kita dah nampak sebenarnya apa yang boleh dicapai. Jalan tu memang dah terang lagi bersuluh lah orang kata. Boleh beza mana yang betul mana yang salah. Perbezaan ketara yang boleh dirasakan.

Tapi untuk melakukan tindakan supaya ianya terhasil taklah semudah mengungkapkan dengan kata-kata. Tidak tercetus sesuatu keputusan bila mana kita hanya tekun belajar tanpa mengambil apa-apa langkah.

NI BAGUS NI TAPI SUSAH BETUL NAK BUAT YA

Cuma berani berpeluk tubuh dan mengatakan ‘ya! ini bagus,’ atau ‘ya! ini boleh mendatangkan hasil.’ Tak boleh bang. Memang tak boleh dapat kalau sekadar belajar teori sahaja. Asas yang lebih baik adalah praktikal itu sendiri.

Faham dah faham dah. Tapi tang nak buat memang tak senang. Ni, menggigil-gigil satu badan bila nak mulakan. Ada banyak perkara yang menjadi penyebab untuk tak nak buat bila mana sampai bahagian nak lakukan tindakan.

ADATLAH KALAU NAK TERKUCIL TU

Tapi percayalah. Memang dah takde cara lain. Nak tak nak kena lalu juga proses tu. Kalau rasa nak terkencing, pergilah kencing. Kalau rasa nak termuntah, pergilah muntah. Itu lah cabaran yang sebenar-benar cabaran.

Melawan rasa takut yang membelenggu dalam diri. Sampai kadang dan ketika rasa ‘aku ni buat apa sebenarnya’ ‘betul ke apa yang aku buat’ sedangkan pada awal permulaan tu memang dah yakin sangat dah.

NAK TERUS KE NAK SURRENDER

Lawan je. Jangan menyerah kalah dengan diri sendiri. Selagi mana kita tau perkara tu mendatangkan hasil yang bukan kepalang di kemudian hari, lalui saja dengan tawakal dan sabar. Ada Tuhan yang sedang menilai setiap inci apa yang kita lakukan.

Ingat saat-saat susah ketika mana kehidupan yang dilalui dulu. Adakah mahu kalah dalam perjuangan sekarang dan berpatah balik masuk ke dalam tempurung semula? Jangan begitu kawan. Macam mana nak hadap perkara yang lagi besar akan datang?

LAGI LAMA LAGI BANYAK CABARAN

Kalau yang sekarang ni pun dah cabut lari. Ingat ingat selalu. Masa tidak akan sekali-kali menunggu. Buka satu-satu pintu penghalang itu. Tingkatkan keyakinan diri dan naik dari satu peringkat ke satu peringkat.

Orang yang berjaya tak pernah sekali pun mengelak melalui proses itu. Dan mereka faham ada banyak lagi cabaran yang bakal ditempuh. Tahu bila semuanya akan berakhir? Sampai waktu kita balik ke pangkuan Nya.

Tapi sebelum tiba masa, jangan menyerah!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge