Melepaskan kempunan isteri

suka-isteri-dapat-makan

Sian isteri aku. Dekat 3 bulan tak dapat makanan kegemaran dia. Ini barulah dia dapat makan. Itupun lepas dah masuk fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan baru kedai ini buka.

Biasanya kitorang makan ikan bakar dengan latok ini kat medan selera ikan bakar semporna tapi tak buka pula. Nasib baik ada kedai yang dekat-dekat buka. Nama kedai ini restoran sri semporna.

suka isteri dapat makan ikan bakar, putu, latok

Lega dapat makanan kesukaan

Tengoklah isteri aku makan, memang tak pandang kiri kanan dah. Dia kata tak payah makanan yang mahal-mahal kat restoran lima bintang pun. Dapat makan yang dia nak pun dah cukup buatkan dia happy.

Sampaikan aku nak tangkap gambar makanan pun tadi tak sempat. Ini pun aku sempat tangkap gambar latok dah tinggal sikit je. Haha. Padahal tadi banyak gila. Dah lapar sangat kot.

latok tinggal sikit baru teringat nak tangkap gambar

Menu makanan orang Sabah

Kalau ada yang nak rasa makanan sabah yang sedap-sedap boleh datang sini. Waze je sri semporna ikan bakar jumpa lah nanti kedai dia. Kawasan kedai ini kat area kepong. Dari KL dalam 20 minit macam itu lah.

Menu dia ada macam-macam. Tapi kebanyakannya semua memang resipi asal Sabah. Yang paling ramai orang cari latok ini lah. Sebab katanya bila makan boleh buat awet muda. Perempuan suka makan.

kedai ikut sop perintah kawalan pergerakan pemulihan

Suami isteri bahagia

Apa-apa pun memang happy tengok muka dia puas hati dapat makan apa yang dia nak. Kita suami ini nak jadi romantik tak susah pun bila dah kahwin ini. Cukup buatkan isteri happy je.

Kalau kata mood dia happy, kita pun dah tentu jadi happy. Kalau mood isteri ke laut, percayalah dengan kita-kita sekali pun ke laut. Lepas ini kalau dah tau isteri suka makan apa, suka makan kat mana…

Tak payah bagitau, start kereta terus pergi je.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge