Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar ini, semua benda akan nampak sedap. Waktu ini tengok kuih cekodok pun nampak macam ayam goreng je. Mata melilau tengok makanan apa lagi yang boleh dibeli.
Ada murtabak, ayam percik, pulut durian, roti john dan macam-macam lagilah. Pendek kata, bazar Ramadhan ini ibarat syurga makanan untuk kita beli juadah berbuka. Rasa malas nak masak datang je ke sini mesti akan terbeli makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan.
SEDARKAH KITA SEMUA
Nafsu ini sebenarnya memang sangat jahat. Nampak je makanan yang terhidang di depan mata, semuanya rasa nak beli. Memang tak dinafikan hal ini memang selalu terjadi kepada orang yang ke bazar. Makanan yang dibeli itu untuk diri sendiri sahaja sebenarnya tetapi bila beli macam tiga orang nak makan.
Sudahnya makanan itu tak dapat nak habiskan pun. Terbuang macam tu je. Bila waktu berbuka puasa, tentu kita akan cepat-cepat minum air kan. Lepas minum, makan buah sikit, perut pun dah mula macam nak kenyang. Makan nasi berlauk terus tersandar di kerusi. Macam mana nak habiskan makanan-makanan yang lain itu?
BERINGAT-INGAT
Bersederhana itu lebih baik. Jangan ikutkan nafsu ketika berbelanja. Beli lah juadah makanan mengikut kadar keperluan kita sahaja. Ada ramai lagi insan lain diluar sana yang ingin berbuka dan bersahur, tapi mereka tak mampu nak merasa makanan seperti yang kita dapat hari ini. Kita harus bersyukur sebenarnya dapat berbuka puasa dengan gembira.
Saya pernah menonton satu video di Youtube yang memaparkan rancangan diskusi bersama penonton. Pada akhir program mereka mendapat panggilan telefon secara langsung. Ada satu soalan yang berbunyi ‘Adakah puasa kami ini diterima oleh Allah SWT jika kami tidak bersahur dan berbuka kerana kami tiada makanan untuk dimakan’
SYUKURILAH NIKMAT ALLAH SELALU
Menitis air mata para hadirin yang berada di dalam studio. Mereka tidak menyangka masih ada lagi orang yang puasa mereka langsung tak pernah makan. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja, malahan bulan-bulan yang lain pun mereka tidak makan kerana kedhaifan dan kekurangan keluarga.
Maka, nikmat Allah mana lagi yang kita mahu dustakan? Jika kita menyangka yang kehidupan kita memang dah susah, sebenarnya masih ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita. Selalulah bersyukur dengan setiap kurniaan Allah Taala. Jika kita bersyukur pasti Allah akan tambahkan lagi rezeki yang melimpah ruah. Amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
RIDE BUKA PUASA BAGAN LALANG
Hari ni macam biasa lepak dekat pejabat sambil follow up prospek. Sambil-sambil belek database tiba-tiba terdengar salah seorang daripada kami ajak makan…... Baca selanjutnya »
BUKA PUASA BERJEMAAH
Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama…... Baca selanjutnya »
TERIMA KASIH SM SARENA
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini Sabri menerima jemputan menghadiri jamuan berbuka puasa daripada SM Sarena Mohamad…... Baca selanjutnya »
RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »
KELUARGAKU BAHAGIA
Momen yang paling terindah sekali dalam hidup ialah waktu berkualiti yang diluangkan bersama keluarga. Apabila meningkatnya usia, tinggal pula di kediaman yang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions