MENARILAH

Bandar-sesak

Aku bukanlah dilahirkan dalam golongan bangsawan. Jalanan merupakan tempat tinggalku. Kehidupan sebagai seorang remaja di tengah kesibukan ibu kota Manila tentunya memberikan cabaran hebat untuk aku mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarga.

Keterdesakan hidup membuat seseorang itu tidak dapat mencari peluang pekerjaan yang baik. Mujur aku mempunyai rakan-rakan yang sangat memberi sokongan dan dorongan di saat salah seorang dari kami terjatuh. Mencari pekerjaan bukan mudah disaat angka pengangguran semakin bertambah.

BAKAT TERPENDAM

Seni tarian ibarat sudah sebati dalam diriku. Pagi petang siang malam aku akan berlatih menari bersama kawan-kawan. Lenggok tubuh langkah demi langkah aku terap hingga meresap jauh ke dalam sanubari. Aku khayal menuruti setiap melodi dan irama lagu yang berkumandang di radio.

Aku mencadangkan kepada rakan-rakan untuk menubuhkan kumpulan tarian dan mencuba nasib dalam rancangan realiti televisyen terkenal World Need Talent. Peluang untuk mengubah kehidupan kami yang miskin dan serba kekurangan terbentang didepan mata. Aku sangat teruja.

RINTANGAN

Kami telah berjaya melepasi peringkat saringan dan melayakkan diri terus ke separuh akhir disebabkan juri sangat tertarik dengan disiplin dan kerjasama padu antara setiap ahli kumpulan. Namun kami diberi tugasan untuk menampilkan suatu persembahan yang lebih luar biasa di peringkat seterusnya.

Jadi aku bercadang untuk menambah ahli kumpulan seramai 20 orang lagi menjadikan kami semua genap 30 orang. Lebih ramai ahli dan mengamalkan disiplin yang tinggi, tentu persembahan kami akan menjadi lebih menarik dan memikat hati semua penonton.

Kami tiada wang untuk menyewa studio bagi tujuan latihan. Kami pun berlatih di tengah jalan raya setiap hari. Walaupun tempat latihan kami sangat bahaya dan kerap tergendala disebabkan berlatih di jalan raya tempat kereta lalu lalang, tapi kami tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak buat.

KEJAYAAN KELUARGA

Syukur berkat ketabahan rakan-rakanku semua yang sangat memberi kerjasama kepada kumpulan dan sanggup untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik tanpa kenal erti penat untuk berlatih, akhirnya kami berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya menjadi juara bagi tahun tersebut.

Penat lelah serta risiko nyawa yang kami pertaruhkan semasa membuat latihan di atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Duit kemenangan berjumlah 500 USD separuh kami agihkan sama rata.

Separuh lagi kami bercadang untuk membuka studio latihan kami sendiri. Kami akan cungkil bakat- bakat terpendam yang ada pada semua anak jalanan dan kami sama-sama bantu semua yang mengalami kesusahan dengan memberi peluang untuk mereka mengubah hidup dengan seni tarian.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge