Mesin penapis air terbakar

h2o-water-pure-clean

Memang diakui boleh dikatakan hampir semua rumah kat dalam Malaysia ni guna penapis air. Yelah, benda ni memudahkan kot. Tak payah dah kita nak jerang air lagi kalau nak minum air panas dan tak payah nak simpan dalam peti ais kalau nak minum air sejuk.

Kebanyakannya penapis air sekarang ni semuanya memang dah ada suhu yang kita boleh pilih. Tinggal tekan je kita terus boleh minum pilihan air yang kita nak. Kadang tu siap boleh produce ais batu lagi. Bayangkan betapa canggihnya penapis air sekarang ni kan?

Dalam masa yang sama, bila kita dah guna penapis air ni, kadang-kadang kita terlepas pandang bebenda yang kita selalu ambil remeh. Contohnya dekat mana nak letak mesin penapis air ni dalam rumah, sama ada nak letak kat ruang tamu ke ataupun nak letak kat dapur.

Selalunya orang letak mesin penapis air ni kat dapur lah. Sebab senang, dia dekat dengan sambungan paip air, dan tekanan air biasanya lebih laju kalau kita letak dekat dengan sumber air tu. Lebih kuat tekanan air lebih mudah lah air nak masuk dalam sistem tapisan yang ada dalam mesin tu.

Penapis air ni bila nak pasang juga dia mesti kena ada plug point. Kalau tak macam mana nak hidupkan mesin tu ye tak? Cuma masalahnya sekarang ni dapur rumah kita tu dia punya plug point limited. Kalau boleh kita guna extension tu semua lah nak letak kat situ.

Periuk nasi guna extension yang sama, peti sejuk, mesin basuh, blender, microwave apa ke benda tu semua letak sekali je. Wooooo stop stop! bahaya weyh, jangan buat macam tu. Bila kita satukan semua wayar plug tu, boleh menyebabkan extension kita tadi tu overload. Jangan buat pasai weyh…

Kalau dah overload tu memang ada kemungkinan besar yang wayar dalam tu boleh short. Time dia short ni nantilah yang boleh jadi terbakar tu. Biasanya mula-mula tu terbakar dia sikit je, tapi lama-lama boleh menyebabkan kebakaran yang besar termasuk lah mesin penapis air kita tadi tu terbakar. Yang lagi teruk boleh menyebabkan satu rumah kita terbakar terus.

Uish jangan buat pasal. Sebab tu kena hati-hati kalau nak pasang penapis air kat rumah kita. Sikap nak letakkan semua plug mesin elektrik kat rumah kita tu dalam satu extension memang tak patut. Kalau boleh sediakan lah satu plug point khas yang takde kongsi dengan apa-apa alat elektrik yang lain kalau nak pasang penapis air ya.

Kita kena sentiasa hati-hati dan peka dengan semua bebenda macam ni. Ya betul, mungkin kita suka ambil ringan bila benda belum jadi lagi. Tapi bila dah jadi barulah kita menangis tak berlagu. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna ye dak? Apa nak buat nasi dah jadi bubur.

Lepas ni kalau ada sesiapa yang tak tahu macam mana nak pilih penapis air, boleh dapatkan khidmat nasihat aku. Percuma je tak payah bayar pun. Aku boleh tolong bagi pilihan yang mana sesuai untuk nak pasang kat rumah.

Dan dalam masa yang sama aku boleh bantu untuk pastikan rumah kita ni nanti selamat daripada risiko berlakunya kebakaran yang kita kalau boleh tak nak terjadi kat diri kita sendiri. Minta simpang lah bebenda macam ni jangan lah jadi.

Boleh contact aku kat whatsapp ni.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge