MESTI BOLEH

Dalam-kelas

Pleo merupakan antara pelajar terajin di sekolah tempat beliau belajar. Kerajinan Pleo tentunya menjadi pujian semua cikgu-cikgunya. Setiap hari Pleo akan pastikan dia datang ke sekolah tepat pada masa.

Selain daripada rajin belajar, Pleo juga baik dan selalu membantu mereka yang di dalam kesusahan. Namun Pleo mempunyai satu permasalahan yang sering menghantuinya. Pleo bergelut dengan satu subjek pembelajaran di dalam kelas.

SUSAH HADAM

Subjek matematik adalah salah satu subjek yang sangat rumit bagi Pleo. Mempelajari matematik ibarat satu tugasan mimpi ngeri baginya. Bukan lah Pleo ni seorang yang malas, tapi dia memang tak minat bila melihat banyak nombor dan angka.

Bila cikgu bagi satu tugasan tu mulalah kepala Pleo pening nak menghadapnya. Masa cikgu ajar di depan kelas, Pleo masih boleh ikut setiap apa yang diajar tapi bila dah sampai rumah semua teori dan ajaran lenyap, lesap dan ghaib begitu saja.

TEKNIK BERKESAN

Pleo meminta rakan baiknya Plani membantu untuk mengatasi rasa susah dan cepat lupa dengan setiap apa yang cikgu ajar. Plani memberitahu rahsia mudah belajar dengan menyuruh Pleo mempraktikkan setiap yang dipelajari itu serta-merta.

Maksudnya, bila dapat satu tugasan matematik tu, Pleo harus segera cuba menyelesaikan masalah dan latihan secepat mungkin. Jangan menunggu masa yang sesuai baru nak jawab sebab kebanyakannya akan lupa bila kita menangguh untuk buat kerja di rumah.

TIADA YANG MUSTAHIL

Pleo mempraktikkan apa yang diberitahu Plani. Bila dapat tugasan, terus dia akan buat dekat sekolah sampai siap. Selagi tak siap dia takkan balik ke rumah. Pleo nekad kali ini dia nak kuasai matematik yang sebelum ini dianggap susah.

Berkat kesungguhan Pleo, akhirnya dia berjaya lulus dengan cemerlang pada peperiksaan terbaru. Gembira bukan kepalang lagi rasa bila dirinya secara tak langsung di pilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan matematik peringkat kebangsaan.

Pleo buktikan setiap perkara yang kita rasa susah tu perlu dilepasi halangannya. Buat dan terus buat sampai pandai jangan hanya tunggu menyerah takdir semata-mata.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge