Minyak wangi misteri dalam novel cinta

minyak-wangi-misteri

Dulu masa sekolah rendah aku suka baca novel cinta. Walaupun masih budak-budak tapi aku tak tau kenapa aku minat sangat bila dapat baca novel cinta masa itu.

Aku tak pernah lah pula beli. Yelah sebab budak lagi mana ada duit. Kalau minta dengan mama papa nak beli novel memang orang tua aku jadi pelik. Apa ke benda budak-budak baca novel cinta. Haha.

Ada satu novel tu aku baca, tak silap aku penulis dia Ahadiat Akashah rasanya. Salah seorang penulis novel yang memang ramai orang kenal. Novel dia kebanyakannya semua tebal-tebal.

Cuma ada satu pilihan minyak wangi yang boleh dipakai

Tapi aku boleh baca sampai habis. Ada satu petikan yang sampai hari ni aku ingat. Ada seorang perempuan tu dari kampung dan datang ke Kuala Lumpur.

Lepas tu watak perempuan tu menumpang entah rumah siapa aku tak ingat. Tapi perempuan tu terpaksa pakai minyak wangi lelaki jenama Drakkar Noir sebab takde minyak wangi perempuan kat rumah tu.

Lepas tu aku jadi tertanya-tanya macam mana bau minyak wangi Drakkar Noir tu sebenarnya ya. Duk terbayang-bayang minyak wangi tu daripada dulu sampai lah sekarang.

Jenama yang memang terkenal satu dunia

Masa tu aku teringin juga nak tau macam mana sebenarnya minyak wangi tu. Bila dah dewasa ini aku pernah lah Google botol minyak wangi tu macam mana bentuk dia.

Pernah juga aku nampak minyak wangi tu orang jual kat pasar raya. Tapi sampai sekarang aku belum dapat peluang nak beli minyak wangi jenama Drakkar Noir tu.

Korang rasa apa aku patut buat? Patut ke aku beli minyak wangi tu dan feel sendiri macam mana bau dia sebenarnya. Sebab aku rasa dah dekat 19 tahun nama minyak wangi ni melekat kat kepala aku.

Patut ke tak patut aku beli

Selagi aku tak beli, selagi tu lah aku tak tau apa bau dia, macam mana penerimaan isteri aku dengan bau minyak wangi tu. Aku jadi tertarik sebab dalam banyak-banyak minyak wangi dalam dunia ini.

Kenapa jenama minyak wangi ini juga yang penulis novel ni abadikan dalam novel hebat dia. Mesti ada sesuatu tentang minyak wangi ini. Yang tu nak kena tanya tuan empunya penulis novel itu sendirilah. Hehe.

Bagi aku masa fikir sekejap. Sebenarnya aku ada minyak wangi jenama lain yang aku memang dah plan nak beli. Tapi jenama ni juga yang duk bermain dalam fikiran. Patut ke tak patut aku beli ya? Hmmm…

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge