Minyak wangi sebagai pemikat hati suami

kasih-sayang-berpanjangan

Menjadi seorang isteri yang solehah, mesti kena pandai pikat hati suami. Ada sesetengah isteri zaman sekarang ini kurang mengambil berat tentang hal ini.

Bukanlah nak kata tak cintakan suami, sayang tu tetap sayang. Cuma mungkin terlepas pandang. Yelah kan, masing-masing sibuk dengan kerjaya yang nak kena diurus.

Kadang-kala terlepas pandang

Sampai kan terlupa nak berhias-hias bila kat rumah. Bukanlah bermaksud nak kena sampai bermekap bagai, ataupun kena pakai baju gaun yang berkilat-kilat ke.

Cuma bila dah kat rumah tu, cubalah sekali sekala tarik perhatian suami sikit kan. Yelah, kalau kata keluar bekerja tu berhias bukan main cantik dan gorgeous lagi kan.

Alah bisa tegal biasa

Apa kata lepas ini kat rumah, buat sesuatu yang boleh bagi suami tu rasa geram tengok isteri sendiri. Salah satu caranya dengan memakai wangi-wangian bila berduaan dalam bilik.

Mungkin permulaan kekok sikit, andai kata memang dah lama atau tak pernah buat langsung sebelum ini. Tapi lama kelamaan mesti isteri dan suami tu rasakan kehangatan cinta semula.

Keutamaan dalam membenih kasih sayang

Menjaga hubungan antara suami isteri ini memang penting. Banyak kejadian yang direkodkan di jabatan agama sebelum-sebelum ini yang mengejutkam ramai orang.

Punca utama berlaku perselisihan faham antara pasangan berkahwin ini salah satunya sebab tak menjaga hubungan intim antara suami dengan isteri lah. Boleh bawa kepada penceraian.

Kebahagiaan yang berpanjangan

Bila jadi perkara macam ini, yang terkesan dah tentu lah anak-anak. Dorang tak tahu apa-apa langsung. Emosi dan tumbesaran mereka akan terjejas dengan masalah ini.

Jadi lepas ni, boleh la cuba amalkan penggunaan minyak wangi semasa bersama suami kat rumah. Hukum menjaga hubungan suami isteri ni bagi aku memang wajib.

Supaya keharmonian yang terbina itu berkekalan abadi sampai akhir hayat. Amin ya rabb..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge