Minyak wangi terbaik untuk isteri, cuba Estee Lauder Pleasure Delight

minyak-wangi-rare

Aku cari gambar minyak wangi Estee Lauder Pleasure Delight tapi semua gambar tu hak milik orang lain. So aku tak boleh nak letakkan dalam artikel aku ini.

Kalau nak tau rupa bentuk dia minyak wangi itu macam mana, boleh Google je nanti. Ada rezeki aku beli balik satu minyak wangi ini hadiahkan lagi untuk isteri aku.

Tak pernah kisah jenama pun sebelum ini

Cerita dia macam ini, dululah masa kitorang masih lagi couple belum kahwin, isteri aku ini memang suka pakai minyak wangi. Tapi minyak wangi yang dia pakai itu tak pernah pula aku tanya brand apa.

Yang aku tau bau dia wangi aku okay je. Takdelah sampai nak kena teliti betul-betul minyak tu jenis yang kuat ke atau lembut ke. Aku tak berapa kisah sangat, dia pakai apa pun okay.

Lain daripada yang lain, memang terbaik

Cuma ada sekali tu kitorang keluar, aku tak ingat lah pergi mana. Rasanya pergi KLCC kot nak pergi jalan-jalan. Masuk je isteri aku dalam kereta yang masa tu awek lagikan, tetiba aku perasan ada satu bau yang best gila.

Susah aku nak terangkan bau tu macam mana. Bau itu buat aku rasa tenang, rileks dan dalam masa yang sama buatkan jantung aku berdebar-debar. Memang rasa lain sangat.

Minyak wangi yang mengubah mood dan suasana serta merta

Aku pun tanya lah dia, awak pakai minyak wangi apa. Dia cakap dia tak tau. Dia pinjam cousin dia punya kalau tak silap, ke pinjam kakak dia punya. Bau dia memang lain macam.

Aku dapat rasakan ada satu macam energy yang buatkan lelaki bila bau je minyak wangi ini terus rasa macam nak melayang. Rasa macam nak pengsan. Serious weyh sedap gila bau dia.

Beli selagi masih ada yang jual

Lepas itu aku ada plan nak belikan dia minyak wangi ini tapi disebabkan kitorang belum kahwin lagi, so aku simpan je lah hasrat tu. Aku tunggu kahwin baru belikan dia.

Selang beberapa bulan kitorang kahwin memang aku belikan minyak wangi ini untuk dia. Dan apa yang terjadi lepas tu memang perasaan cinta kitorang makin membuak-buak lah.

Tapi takpe sebab dah halalkan. Hehe. Kalau ada yang plan nak hadiahkan wife minyak wangi, boleh cuba Estee Lauder Delight ini.

Sebelum spray, goncang 5 kali dulu. Jangan tanya kenapa, buat je. Haha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge