Nak jual ke taknak jual ni

sentiasa-belajar-perbaiki-diri

Kalau kau takut nak mulakan sesuatu yang baru, aku pun mula-mula dulu ada rasa takut tu juga. Kan ke kita ini manusia biasa je, adatlah kalau tiba-tiba rasa cuak nak terjun masuk dalam bidang business ini macam tu je.

Nak kata ilmu takde tu memang dah tentu-tentulah, pengalaman menjual apatah lagi. Setakat panggil-panggil orang datang beli tolong member jual baju tu boleh lah.

Tapi kalau kata nak pergi kejar orang lepas itu tegur dia macam tu je memang tak berani. Kecut segala apa yang ada dalam diri tersepit sama ada nak teruskan berborak atau pun biarkan orang tu pergi je lah.

Menggeletar tangan kaki, lutut rasanya nak cabut. Itu belum lagi cerita kalau rezeki dapat closed on the spot. Lagi lah bertambah cuak dan kelam kabut dibuatnya.

Tiada jalan pintas untuk berjaya

Sampaikan nak cari borang untuk nak daftar order customer pun dah tak perasan kat mana. Itu semuanya kenangan yang takkan dapat nak lupa. Semua orang akan melalui proses yang sama.

Takde orang pun boleh skip proses itu. Sama ada kau lalui proses itu dengan cepat, atau nak bertangguh wat rileks wat peace, kau sendiri yang tentukan. Cuma aku sarankan jangan lama.

Sebab benda ini akan mempengaruhi income kau sendiri. Bila dalam niaga, kau mesti ada result. Sebab dengan result lah yang akan bayar komitmen kau nanti.

Kau nak bayar rumah sewa, bayar kereta, bayar bil-bil itu semua lah. Kalau kau takde result kau memang sakit. Kau kena sentiasa fokus dan upgrade diri belajar ilmu yang boleh memperbaiki kau punya result tu.

Perbaiki diri dari semasa ke semasa

Tak salah pun pergi kelas ilmu. Bila kau attend kelas, barulah confident diri kau akan naik tinggi. Masa itu kau akan jadi orang yang lebih baik daripada kau sebelum ini. Kau akan jadi seorang yang sentiasa belajar daripada kesilapan yang diri sendiri buat.

Yang paling penting sebenarnya, kau boleh sedar yang waktu tu sebenarnya kau tengah buat silap. Ini memang perkara yang memang tak jangka.

Ada ramai orang hari ini dalam berniaga dia tak perasan pun yang dia tengah buat banyak mistake yang boleh merugikan diri. Dia tak boleh nak nampak kesalahan tu sebenarnya berpunca daripada dia sendiri.

Untuk kau sedar yang kau tengah buat silap tu pun mungkin ambil masa. Bila kau selalu berusaha nak perbaiki diri, insha Allah kau akan lagi cepat sedar yang kau ada banyak ruang untuk tambah baik hidup.

Bantu ubah kehidupan orang lain

Selalu muhasabah diri dan tengok balik dalam-dalam. Selama aku hidup atas muka bumi ini, berapa banyak usaha yang aku dah pernah buat untuk aku berbakti pada keluarga, agama dan masyarakat.

Berapa banyak kehidupan orang lain yang aku dah pernah sentuh dan aku tambah baik supaya keluarga dorang ini lebih harmoni dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Aku percaya bila kita bantu hidup orang lain jadi lebih bagus, insha Allah kehidupan kita sendiri akan dipermudahkan. Buat baik mesti dibalas dengan baik.

Kalau buat jahat mesti dibalas dengan jahat. Aku yakin, membina hubungan dengan lebih ramai orang itu sangat-sangat memberi lebih manfaat daripada sekadar menjual semata-mata.

Semoga bermanfaat!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge