Naluri hati seorang anak

aku-risau-sangat-risau

Balik daripada office awal sikit hari ini. Hari Jumaat, mood nak bekerja pun ke laut. Hati ini duk tengah runsing fikirkan tentang mama yang tak berapa nak sihat selepas daripada operation mata haritu. Lepas solat, aku terus ajak bini aku balik. Ambil anak dekat tadika dan terus tukar baju. Anak aku macam biasa lah memang excited bila tau nak ke rumah nenek dia.

Kat sana ada makcik-makcik dia yang selalu layan karenah dia. Lompat sana lompat sini. Tv kat rumah mama memang besar. Dah macam panggung wayang dah. Suka sangat lah dia lagi-lagi boleh buka You Tube dekat tv tu. Memang tak berhenti dia duk layan cerita si Rayyan yang memang tengah famous kat geng budak-budak.

Hati resah gelisah

Sampai kat rumah, mama duk baring je kat ruang tamu. Nampak mama memang letih sangat. Pucat muka mama. Aku tanya mama masih sakit lagi ke mata yang kena operate haritu, mama kata masih sakit lagi. Setiap hari Selasa mama kena pergi check up dekat hospital. Selasa lepas mama ada pergi. Doktor kata semuanya dalam keadaan okay. Aku rasa lega sikit.

Doktor bagi tambahan ubat supaya mata mama cepat sembuh. Aku tengok kat bahagian mata mama, memang masih merah lagi putih mata mama tu. Selaput yang sebelum ini ada kat mata hitam tu memang dah hilang dah. Yang aku risaukan kesan sampingan yang mama rasa lepas daripada operation itu. Badan mama memang nampak lemah tak bermaya.

Hanya Tuhan yang tahu

Nak makan pun tak selera. Makan sikit, lepas tu dah tak boleh masuk dah. Bila dah makan tu pula, terus rasa nak keluar balik. Asal masuk kan makanan dalam perut terus mama tak boleh nak terima. Terpaksa adik aku bangunkan mama dan papah pergi tandas. Dah muntah lagi mama. Bunyi muntah daripada seorang mak tu memang tak sanggup nak dengar. Aku pun rasa sedih sangat.

Mama cuma boleh baring je. Kalau berdiri mama terus rasa pening dan rasa nak jatuh. Adik aku bagitau yang dia ambil cuti jaga mama. Aku pun taknak mama seorang-seorang kat rumah. Nasib baik papa bukan bekerja dengan orang. Papa bawa Grab, so kalau ada apa-apa, senang papa terus balik je. Boleh standby tapi kena ambil job dekat-dekat je lah.

Dalam doa selalu

Alhamdulillah, bila bawa cucu-cucu mama datang, baru nampak mama ceria balik. Bila dah dapat peluk cium cucu baru lah mama rasa gembira tu datang. Aku taknak mama terus rasa sedih je sebab kesakitan yang mama terpaksa tanggung. Kebetulan adik-adik aku semua balik awal. Aku ajak semua sekali pergi makan tom yam dekat Taman Pertama.

Nampak mama berselera nak makan. Mama teringin nak makan ikan kembung masak tiga rasa. Walaupun mama makan sikit-sikit, aku rasa itu lebih baik daripada mama taknak makan langsung. Doakan mama aku cepat sembuh seperti sedia kala balik ya. Dan aku doakan keluarga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge