Aku nikmati aiskrim sundaae coklat dengan penuh nikmat sekali. Lama dah tak pekena aiskrim ni. Sejak aku berpisah dengan teman wanita ku dulu, langsung aku taknak makan sebab aiskrim coklat memang kegemaran dia dari dulu lagi. Setiap kali kami keluar mesti dia akan pilih aiskrim ini. Bila tengok aiskrim coklat je aku jadi teringat kat dia.
Percintaan kami boleh dikatakan cinta monyet jugalah. Yelah cinta zaman sekolah ni apa lah yang boleh diharapkan sangat. Betul memang ada sesetengah pasangan tu akan berkekalan hingga ke pelaminan, tapi aku memang tak bagi harapan yang tinggi. Bagi ku berkawan betul-betul dulu baru lah boleh mengenali hati budi masing-masing.
INDAHNYA SAAT MANIS
Dua tahun juga kami berkawan. Setiap saat bersama terasa begitu indah. Dia memang pandai mengambil hatiku dan mewarnai kehidupanku dengan senyumannya yang menawan. Bertubuh sedikit rendah daripada ku tetapi sentiasa comel dimata. Rambut paras bahunya tersisir rapi dan kemas. Pandai bergaya mengikut peredaran zaman. Tidak terlampau menonjol tetapi ‘up to date’.
Semakin lama kami berkenalan semakin aku rasakan yang hubungan kami seperti ada sesuatu yang longgar. Makin rapat makin aku kenal yang aku seperti tak sesuai untuknya. Aku ini hanyalah lelaki yang biasa-biasa saja sedangkan dia dari keluarga yang baik-baik. Setelah tamat sekolah menengah, dia terus melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, manakala aku terus berniaga bagi menampung keluarga.
ANTARA DUA DARJAT
Aku mula menyedari yang hubungan kami semakin renggang dan tidak rapat seperti biasa lagi. Aku sudah menjangkakan perkara sebegini akan terjadi bila kami terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing. Tentu lah dia punya dunia yang baru, kawan-kawan yang baru dan suasana persekitaran yang baru. Kejutan budaya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Jadi aku mengambil kata putus untuk tidak meneruskan lagi hubungan ini. Dia pada mulanya seperti tidak faham tentang apa yang berlaku tetapi bila aku jelaskan yang dia sudah kurang meluangkan masa denganku disebabkan sibuk di kolej, akhirnya dia faham-faham sendiri. Memang dia tak boleh nak mengelak perkara sebegini terjadi.
HALUAN MASING-MASING
Dia meminta aku memahami tanggung jawabnya sebagai pelajar, jadi aku beritahu dia fokus lah kepada pelajaran. Aku boleh hidup dengan cara dan duniaku. Kita kena sama-sama balik kepada realiti yang kita tidak lagi punya persefahaman yang sama seperti dulu. Kau ada dunia kau sendiri, aku juga begitu.
Walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu, namun kadang kala bila kenangan itu datang kembali, aku pasti akan terkenang kan saat-saat manis sewaktu cinta pandang pertama dulu dengan si dia. Lebih-lebih lagi bila makan aiskrim coklat ini. Hmm. Aku rasa macam nak jalan-jalan ke pantai la dengan kereta kuda merah ku.
Alamak tertumpah pula aiskrim ni. Tak pasal-pasal comot baju.
Artikel menarik untuk anda:
HAPPY ANNIVERSARY SAYANG
Alhamdulillah 8 haribulan 3 adalah tarikh dimana kami disatukan sebagai suami isteri. Syukur alhamdulillah hari ni genap sudah 5 tahun. Walaupun perkenalan…... Baca selanjutnya »
SUDAH LAH AYAH
Seronoknya bila ayah bawa Giman pergi taman tema mini. Giman suka main permainan yang ada kat sana. Suasana yang meriah, orang berpusu-pusu…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
SIAPALAH IBU
Petang tadi aku tersesat di kawasan perumahan kos rendah di Bandar Baru Bangi. Aku menegur seorang makcik bertanyakan jalan untuk menghala ke…... Baca selanjutnya »
TAHNIAH TEAM SYIMA
Hari ini pengurus pasukan jualan di tempat Sabri mencari rezeki, HM Syima telah menjemput kami makan tengah hari di House of Kambing…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions