PEKERJAAN PENGARUHI GAYA HIDUP

Tamat-sekolah

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan. Tentu ramai pelajar-pelajar teruja untuk mngetahui apakah keputusan yang mereka telah perolehi. Tak kurang juga ibu bapa yang berdebar-debar. Tentu pelbagai perancangan yang telah diatur buat anak-anak mereka.

Ada ibu bapa yang telah merancang untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ada sesetengah ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mengambil alih terus perniagaan keluarga mereka. Berbeza pula bagi Takami beliau mengambil keputusan untuk bekerja.

SEORANG PEMANDU LORI

Takami bekerja di sebuah kilang yang menghasilkan ais. Tugas Takami ialah menghantar kesemua ais-ais tersebut ke seluruh kawasan kedai-kedai di sekitar Lembah Klang. Setiap satu bag ais yang terjual, Takami mendapat komisen sebanykan 30 sen.

Setiap hari Takami akan memandu lori selama 12 jam tanpa henti. Kadang kala apabila mesin ais rosak di satu-satu kilang, Takami perlu pergi ke kilang lain untuk mendapatkan stok ais. Disebabkan ingin mendapat tambahan gaji, Takami terpaksa berkorban siang dan malam.

TRAGEDI TAK DISANGKA

Takami tidak menyedari bahawa pekerjaannya ini telah menyebabkan dia mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Jika dia ingin menghilangkan mengantuk ketika memandu, dia akan menghisap rokok berkotak-kotak di dalam lori. Takami juga jarang bersenam kerana dia bekerja 7 hari seminggu tanpa henti.

Akhirnya satu hari Takami baru menyedari bahawa berat badannya naik mendadak. Dia disahkan sebagai seorang obesiti oleh doktor. Berat badan Takami naik melampau sehingga 120 kilogram. Ini semua terjadi kerana sikap Takami yang suka makan makanan yang berminyak dan berkolestrol.

NEKAD UBAH HIDUP

Teman wanita Takami bernama Zuta menasihatinya supaya menjaga pemakanan yang seimbang. Zuta bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium elit di Hartamas. Zuta menyusun jadual pemakanan buat Takami dan latihan bebanan yang sesuai untuk teman lelakinya.

Takami menuruti sahaja jadual yang telah Zuta siapkan untuknya. Setiap hari, Takami akan makan 6 kali sehari tetapi bila makan dia akan mengambil kuantiti yang sedikit sahaja. Makanan juga tidak berminyak, bergula dan bergaram. Semuanya lebih kepada bakar dan rebus. Nasi yang dimakan pula dari beras Basmathi.

Setelah 6 bulan disiplin dengan latihan, akhirnya Takami berjaya menurunkan berat badan sehingga 70 kilogram. Orang yang paling gembira tentulah teman wanitanya Zuta. Takami pula diterima bekerja sebagai jurulatih peribadi sama seperti Zuta di gimnasium tersebut. Takami tak perlu lagi bawa lori ais.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge