Suasana berniaga yang aku lalui sekarang ini memang berbeza dengan apa yang pernah aku hadapi sebelum-sebelum ini. Ikutkan lepas habis sekolah memang aku dah terus berniaga. Masa itu umur baru lapan belas tahun. Langsung tiada ilmu perniagaan, hanya berpandukan apa yang papa ajar dan aku terus praktikkan.
Beberapa bulan papa temankan berniaga, terus papa lepaskan aku seorang-seorang mengambil-alih perniagaan pakaian terpakai di Lorong Haji Taib, Chowkit. Sementara papa pula menguruskan perniagaan cawangan kami di Bazaria Larut Malam KL Downtown Night Market Cheras yang pada ketika itu sedang mengalami fasa kegemilangan.
MENIMBA ILMU PERNIAGAAN
Sering kali aku berbual dengan jiran-jiran yang berniaga berdekatan dengan kedai. Mereka ini kebanyakannya sudah berpengalaman lebih berpuluh tahun berniaga disitu. Mereka sering menceritakan tentang pengalaman dan perjalanan dalam bidang perniagaan yang telah mereka ceburi selama ini.
Ada yang menjual stokin, seluar denim, kaca mata, tuala, bag, batu cincin, kasut, topi dan macam-macam lagi lah. Pokoknya apa sahaja peralatan mahupun kelengkapan yang kita perlukan semuanya memang ada dijual. Setiap daripada mereka mempunyai jalan cerita perniagaan yang berbeza yang telah mereka lalui.
TEROKA PELUANG BARU
Mereka kebiasaannya memang tidak pernah kedekut ilmu dalam memberi tips dan cara-cara untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Ada sahaja teori-teori baru yang telah mereka teroka dan aplikasikan kedalam produk masing-masing. Apa sahaja mekanisme yang memberikan pulangan yang lumayan semula, pasti mereka akan fokus pada perkara tersebut
Salah satu pesanan yang aku ingat sampai hari ini ialah, dalam perniagaan pasti akan ada pasang surut dan turun naik. Asam-garam berniaga yang penuh dengan cabaran ini buatkan kita kena sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang bakal menerpa.
SENTIASA WASPADA
Jadi sentiasa persiapkan diri dan beringat sebelum terjadi apa-apa perkara yang mungkin tidak menyebelahi kita pada masa akan datang. Ketika perniagaan sedang berkembang dan meningkat naik, waktu itu lah kita kena mula usahakan pelan jangka panjang yang boleh memberikan manfaat pada waktu-waktu genting.
Sentiasa berusaha untuk menambah aset dan berani untuk melabur walaupun gambaran awalnya seperti tidak memberikan apa-apa faedah untuk kita. Percayalah dengan teknik pelaburan yang betul, insha Allah satu masa, pasti ianya akan menjadi penyelamat pada kewangan kita satu hari nanti. Berguru dengan pakar pelaburan yang terbaik pasti akan ada peluang yang boleh kita teroka.
Sentiasa beringat cermat dalam menguruskan perniagaan.
Artikel menarik untuk anda:
HAPPY FATHER’S DAY PAPA
Papa.. Papa ingat lagikan masa Abie kecil-kecil dulu, papa bawa Abie pergi Singapura pergi rumah Ongah. Masa itu umur Abie baru 5…... Baca selanjutnya »
AKU JUGA SAMA
Aku pada tahun 2016. Aku rasakan hidup ketika ini sangat mencabar. Selang beberapa tahun sahaja selepas baru berkahwin dengan isteri. Allah izinkan…... Baca selanjutnya »
I LOVE YOU MAMA
29 tahun yang lepas, keluarnya aku dari dalam perut mama ke alam nyata yang sungguh indah ni. Lahir pada subuh ahad, tepat…... Baca selanjutnya »
RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap…... Baca selanjutnya »
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions