Pemergian yang berat untuk diterima

tiada-apa-yang-mampu-halang

Tadi masa aku bangun pagi, aku dengar suara isteri aku tengah bercakap dalam telefon. Siapa pula yang call bini aku pagi-pagi lagi? Lepas itu aku dengar suara dia macam bunyi orang terkejut dan sedih. Aku pun pelik lah apa benda pula ini. Dia letak je telefon terus bagitau dengan aku.

Kampung dia kat Sandakan terbakar. Pagi lebih kurang pukul 3 pagi macam tu. Aku pun tanya macam mana keadaan nenek kat sana? Dorang belum dengar khabar berita. Tapi mana yang sempat lari berkumpul kat kawasan lapang.

Situasi tidak dijangka

Perkampungan isteri aku ini atas air. So rumah kat sana memang rapat-rapat. Semua buat daripada kayu. Risau bila dengar ada kebakaran macam ini sebab bila rumah kayu api cepat merebak. Dalam pagi pukul 9 adik ipar aku call kakak dia balik.

Dia bagitau yang nenek dan yang lain-lain terselamat takde jadi apa-apa. Semua berkumpul dekat tanah lapang tu. Rumah pun alhamdulillah tak sempat kena kat rumah nenek. Isteri aku risau kan nenek dan rumah tu sebab dorang semua adik beradik memang lahir dan membesar kat situ. So ada banyak barang lama yang ada dalam rumah.

Bahaya datang tak diduga

Lepas itu adik ipar aku bagitau yang bomba baru lepaskan padamkan api kebakaran. Punca kejadian dorang masih belum tau lagi. Isteri aku syak mesti sebab sambungan elektrik antara setiap rumah kat area sana. Aku dulu pernah balik kampung dan tengok keadaan kat sana.

Kebanyakan rumah semua bahagian wayar tu buat sendiri. Bila buat sendiri tu ada banyak part yang boleh bahayakan balik. Lagi-lagi kawasan perumahan tu atas air. Memang kalau ikutkan air dengan elektrik ni memang tak boleh di sekalikan. Silap hari bulan boleh short kena elektrik.

Situasi sebenar punca kejadian

Dah malam sikit, adik ipar aku call lagi. Dia bagitau yang dorang bomba dah jumpa punca kejadian. Ada satu rumah tu penghuni dia tengah masak bubur masa waktu pagi kejadian. Masa dia tengah masak tu, dia tertidur balik dalam bilik dengan dua orang anak umur setahun dengan tiga tahun.

Akak ini suami dia baru masuk penjara. So dorang 3 beranak je kat rumah. Bila api tu lupa tutup tu yang meletup gas itu. Yang sadisnya akak dengan 2 orang anak dia tak dapat keluar daripada dalam bilik. Mungkin sebab api dah terus marak dan asap terus tebal terkunci tak boleh keluar.

Yang hidup pasti akan pergi

Masa bomba jumpa, ketiga-tiga dorang dah rentung terbakar. Inalillah. Yang lagi menyayat hati dorang terbakar dalam keadaan berpelukan tiga beranak. Allahu, sayu hati aku bila dengar cerita daripada isteri aku tadi. Allah lebih sayangkan mereka.

Menitik air mata aku bila dengar tadi masa nak solat Isyak. Itulah. Malang memang tak berbau. Kita tak boleh nak jangka. Sekali terbuat silap, akibat dia takde siapa yang tau. Hati-hatilah bila buat apa pun. Cerita ini aku cuma dengar daripada isteri aku. Kejadian betul Allah SWT je yang tahu.

Buat yang telah pergi, sama-sama lah sedekahkan Al-Fatihah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge