PENAPIS AIR COWAY VILLAEM 2

Penapis air Coway yang paling menjadi idaman setiap daripada pelanggan semestinya model Villaem 2 yang terbaru di pasaran. Model ini diklasifikasikan antara model yang terlengkap bagi penapis air yang ada di dalam Malaysia. Menjadi kegilaan tidak kira usia tua mahupun muda, lelaki ataupun wanita.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa model Villaem 2 ini disebut-sebut antara model yang terbaik dikalangan yang terbaik. Nak tahu apa jawapannya? Sebelum itu, mari kita lihat dan selami dulu tentang ciri-ciri yang ada pada penapis air ini.

TANGKI PENYIMPANAN AIR BESAR BESERTA 4 SUHU UTAMA

Penapis air Villaem 2 ini merupakan penapis air yang kebiasaannya diletakkan di atas kabinet dapur, meja ataupun lebih mudah dipanggil table top. Saiz tangkinya yang boleh menyimpan liter air sebanyak lebih kurang 11.3 liter dalam satu-satu masa menjadikan iannya sesuai bagi keluarga sederhana 3-5 orang isi rumah.

Penapis air Villaem 2 ini juga mempunyai 4 suhu yang boleh diubah-ubah. Pelik bukan? Kebiasaannya penapis air yang dijual hanya didatangkan dengan suhu panas, sejuk dan suhu bilik. Sama juga dengan Villaem 2 ini mempunyai 3 suhu tetapi ada satu lagi suhu tambahan yang ada pada produk ini iaitu suhu suam.

MEMUDAHKAN PARA IBU DAN ISTERI DI RUMAH

Ya betul. Tatkala kita menginginkan air dalam suhu suam, selepas ini tidak perlu lagi mencampurkan air panas dan air sejuk. Boleh terus pusingkan punat air ke tetapan mod suam. Ini semestinya berita yang menggembirakan buat para ibu bagi memudahkan mereka menyediakan susu bayi dengan kadar yang lebih cepat tanpa perlu menyukat atau takut terlebih air panas dalam susu anak-anak mereka.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada model Villaem 2 ini adalah mod malam. Kita pastinya sukar mencari dimana terletaknya penapis air diwaktu dalam keadaan gelap. Anda tidak perlu risau lagi. Ada satu lampu tambahan yang diletakkan di bawah tempat keluar air dimana lampu itu akan bernyala dengan sendiri bila tidak berjaya mengesan sebarang cahaya di dalam dapur. Macam glow in the dark lah lebih kurang.

BELIAN YANG BERBALOI DENGAN NILAI YANG DIPEROLEH

Bagi yang ada anak kecil, tentu risau jika anak-anak bermain dengan penapis air tersebut. Silap hari bulan takut anak terkena air panas pula. Tapi dengan kecanggihan penapis air Villaem 2 ini, ianya hadir dengan fungsi Child Safety Lock supaya air panas tersebut tidak terus mengalir keluar dan harus menekan butang air panas terlebih dahulu.

Penapis air Villaem 2 ini boleh dimiliki dengan 2 cara bayaran. Pertama, anda boleh membeli secara tunai dengan harga RM3900 dan percuma servis dan waranti selama 1 tahun. Untuk belian secara sewa beli, harga bulanan untuk model Villaem ini hanya RM 120 sebulan. Servis dan waranti adalah selama 5 tahun.

SERVIS CEKAP DARIPADA PAKAR

Selama 5 tahun, produk anda akan di servis setiap 2 bulan sekali. Bukan itu sahaja, Coway juga akan menukar filter mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ada lagi, sebarang kerosakan dan alat ganti ditanggung sepenuhnya oleh pihak Coway dan andai kata produk anda rosak yang tak boleh dibaiki, Coway akan gantikan dengan yang baru. Dan semua ini adalah percuma tanpa apa-apa bayaran tambahan.

Jadi kini anda dah tahu kenapa penapis air Villaem 2 ini menjadi kegilaan semua orang. Apa tunggu lagi, anda boleh terus mendaftar dengan saya sekarang dengan menekan butang ini. Saya bantu uruskan pesanan anda daripada mula daftar hinggalah siap pemasangan dan selama produk anda masih dirumah, saya akan bantu selesaikan apa sahaja masalah yang timbul di kemudian hari.

Bagi setiap pembelian penapis air Villaem 2 ini juga, anda layak menerima hadiah istimewa edisi terhad Coway daripada saya sendiri. Jangan tunggu lagi, terus daftar penapis air anda sendiri sekarang juga. Percuma penghantaran dan pemasangan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.