PENAPIS UDARA LOMBOK II

Rata-rata zaman sekarang ini ramai yang sudah celik mata betapa pentingnya penggunaan penapis udara bagi memberikan pengudaraan yang baik ketika berada di dalam rumah mahupun di pejabat. Semua sedia maklum bahawasanya setiap hari kita terdedah dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu.

Semua ini berpunca daripada kepesatan dan kemajuan bandar yang sedang membangun dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Disebabkan banyak projek-projek yang sedang berjalan, maka akan timbul lah masalah habuk dan debu yang berterbangan di udara.

PENCEMARAN UDARA YANG BERBAHAYA

Bagi yang tinggal dikawasan perkampungan, mungkin kebarangkalian untuk terdedah dengan pencemaran udara ini agak rendah tetapi tidak bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar lebih-lebih lagi bandar besar. Apa yang lebih membahayakan adalah pencemaran udara ini tidak dapat dikesan atau terlihat seperti mana yang berlaku pada pencemaran air.

Sebenarnya pencemaran udara ini lebih berbahaya kerana setiap kali kita menghirup udara yang berhabuk dan berdebu ini, secara tak langsung ianya akan menyebabkan paru-paru mudah terdedah dengan pelbagai penyakit yang berbahaya. Salah satu contoh penyakit yang disebabkan oleh udara adalah asma dan alahan yang teruk.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Seandainya kita belum merasai kesan akibat pencemaran ini, maka bersyukurlah tetapi sentiasa berwaspada. Bagi mengurangkan masalah ini daripada terus berlarutan, sememangnya sangat disaran menggunakan penapis udara yang telah terbukti sangat berkesan dalam mengawal dan mengekalkan udara yang lebih bersih buat seisi keluarga.

Salah satu penapis udara yang tercanggih yang pernah wujud di atas muka bumi ini adalah penapis udara daripada Coway yang diberi nama Lombok II. Menggantikan penapis udara Lombok I sebelum ini, versi kemas kini terbaru ini lebih cekap dan tangkas dalam memerangkap habuk dan debu yang berterbangan.

MAMPU MENGURANGKAN HABUK, DEBU DAN BAKTERIA DI UDARA

Dilengkapi dengan 6 filter, setiap satunya mempunyai ciri yang berbeza-beza namun tujuannya hanya lah satu, memberikan udara yang lebih bersih dan lebih sihat kepada seluruh isi rumah dan yang paling menarik, penapis udara Lombok II ini juga mempunyai RBD Plasma yang mana boleh menyahaktifkan kuman-kuman yang mudah tersebar di udara seperti influenza.

Penapis udara Lombok II ini juga turut mempunyai fungsi ionizer yang boleh memerangkap ion-ion positif yang terhasil daripada perkakasan eletrik yang ada di dalam rumah seperti televisyen dan lampu-lampu serta mengembalikan semula ion negatif agar rumah mahupun pejabat sentiasa dalam keadaan tenang dan nyaman.

HANYA YANG TERBAIK UNTUK YANG TERBAIK

Untuk memiliki sebuah unit penapis udara Lombok II ini, boleh buat belian secara tunai dengan harga RM 3110 dan diberikan waranti dan servis percuma selama 1 tahun. Bagi mereka yang mahu mendaftar pakej sewa beli, harga bulanan cuma RM 104 sebulan. Selama 5 tahun penggunaan akan diberikan servis dan waranti.

Servis setiap 2 bulan sekali. Penukaran filter mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang kerosakan dan alat ganti di tanggung dan andai berlaku kerosakan yang sudah tidak boleh diperbaiki lagi, akan menerima produk penapis udara yang baru semula. Hanya perlu bayar yuran sewaan bulanan sahaja dan selepas 5 tahun produk tersebut akan menjadi hak milik terus.

DAPATKAN SEKARANG

Promosi bagi yang mendaftar awal, berpeluang untuk mendapatkan yuran pendaftaran percuma bernilai RM 200.Bukan itu sahaja, berpeluang juga untuk menikmati tawaran penghantaran dan pemasangan percuma ke rumah. Ada lagi, yang terawal akan menerima cenderahati eksklusif barangan edis terhad Coway terpilih.

Jangan tunggu lagi. Tekan BUTANG INI sekarang dan dapatkan penapis udara Lombok II hari ini juga !