Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga

dalam-niaga-ada-fasa-naik-turun

Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini? Yelah, kalau susah kenapa ramai orang berniaga kan. Dia macam ini, bukan dalam bidang niaga je, apa-apa pekerjaan yang kau buat, mula-mula tu memang susah. Memang payah, ada je benda yang kau rasa kau dah buat betul, tapi sebenarnya tak betul. Betul tak? Boleh faham ke ini?

Satu perkara yang normal bila kau start je buat business then kau rasa susah. Kalau kau mula-mula buat je dah rasa senang, maksudnya ada something wrong lah kat situ. Ataupun kemungkinan susah tu kau akan lalui masa fasa kau tengah duk buat. Pun boleh jadi juga. Depends macam mana dan dengan siapa kau build up business tu lah.

Belajar dengan pesaing

So bila kau rasa susah, pertama sekali kau kena buat untuk bagi dia jadi senang ialah dengan kau pergi belajar dengan pesaing kau. Macam dulu aku mula-mula nak jual baju, aku pergi tengok kedai orang lain yang jual baju juga. Apa pattern baju yang dia jual. Apa design baju yang tengah trending sekarang. Baju yang macam tu je aku jual.

Tau tak sebab apa? Sebab bila aku jual baju yang tengah trending sekarang, aku lagi senang nak laku kan barang tu. Sebab kedai kan baru buka, yang paling penting sekali barang yang kita mula-mula jual tu mesti barang yang orang cari. Baru lah kita senang nak rolling balik duit untuk top up barang dan dalam masa sama nak cover expenses kedai.

Selalu rapat-rapat dengan guru

Yang kedua, ini aku dapat dalam business yang aku tengah buat sekarang ini. Kau kena kerap berjumpa dengan pengurus jualan kau dan dalam masa yang sama kau kena bonding dengan team kau sendiri. Macam business ini dia lebih kepada macam mana kau jaga ukhuwah dengan semua orang. Kau kena selalu rapat-rapat dengan top sales.

Baru lah kau boleh tau macam mana tengok dorang dapat buat unit jualan yang banyak. Lagi satu sebenarnya bila selalu bonding ini kau akan sentiasa dalam circle yang positif. Berniaga ini kau kena selalu positif. Kalau kau asyik negatif je dan selalu salahkan orang lain, alamatnya takkan ke mana-mana lah business kau tu. Silap hari bulan, boleh hanyut tenggelam.

Jangan kedekut ilmu

Dia ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukup lah aku ceritakan dua ini dulu. Kalau kau nak tau lebih lagi pasal business, kau boleh contact je aku. Aku ini bukan lah seorang yang pakar, aku cuma cerita daripada side pengalaman aku dalam bidang niaga ini dah hampir 12 tahun. Ada benda yang kau rasa betul, kau boleh ikut.

Aku pun ada banyak lagi benda yang nak belajar. Boleh lah kita kongsi-kongsi ilmu. Ha… Ini pun salah satu tips juga. Bila kita selalu berkongsi ilmu dengan niat nak bantu orang lain, insha Allah akan dipermudahkan dan dilancarkan juga urusan kau dalam setiap hari menguruskan perniagaan kau. Semoga kita semua sama-sama berjaya dan kaya didunia dan akhirat.

Amin ya rabb..

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge