Pengalaman beli air botol kotak-kotak

Air-paip-kotor

Aku ini memang jenis orang yang tak suka minum air direct dengan paip. Sebab aku tau air paip kat kawasan tempat aku tinggal ini memang kotor. Kadang bersih, tapi sekejap je. Lepas itu dia kotor balik. Aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam itu. Pelik aku dengan sistem air ini.

Bila dia bersih, memang nampak macam takde pape je. Tapi sekali bila datang kotor dia, umak aihhh.. Dah macam teh tarik pekat dah. Kotor betul. Kadang tu aku pernah tapis dengan penapis air yang bulat tu kan, aku tadah memang ada tertinggal macam pasir batu-batu kecil. Tu dia teruk gila weyh.

Sentiasa cari penyelesaian masalah

Aku memang pilih tak nak jerang air tu dan buat minum terus. Memang idookk ler aku nak minum. Tak kisah lah masa dia tengah bersih ke tak. Sebab aku tau dia lalu kat piping yang sama juga. Aku ada baca banyak artikel yang bagitau pasal air kat rumah kita ini. Supaya taknak terkena penyakit bawaan air, aku decide taknak terus minum air paip.

Aku cari solution dengan cara, aku beli air botol yang kotak-kotak tu dekat pasar raya ataupun mana-mana speed mart. Kalau botol besar tu satu kotak ada 12 biji botol air yang nak kena habiskan. Berat betul kotak air tu. Kalau angkat seorang-seorang, memang bergegar 1 badan nak angkat.

Benda tak disangka – sangka

Dipendekkan cerita, ada satu kejadian tu aku pergi beli air yang berkotak ini dekat pasar raya mini. Lepas je dah beli aku nak bawa la balik naik motor. Masa itu aku tengah takde kereta. So kalau ada apa-apa memang aku settlekan dengan motor je. Aku angkat kotak air tu aku letakkan atas seat motor. Baru aku naik atas motor dan gerak balik rumah.

Aku rasa tak sampai 10 minit aku bawak motor, dengan tangan belah kanan aku pulas throttle minyak, tangan kiri menghala ke belakang tahan supaya kotak air tak jatuh, tiba-tiba ada satu lubang besar kat jalan raya. Aku tak sempat nak elak. Tergolek aku masuk dalam lubang itu.

Diri sendiri yang tanggung

Sakitnya gila aku rasa, habis luka badan aku semua. Yang paling teruk bahagian atas kepala aku tu sampai kena jahit. Memang terkoyak teruk. Lubang tu aku boleh elak je ikutkan sebab boleh nampak depan-depan. Tapi sebab aku tak dapat nak fokus kena bawa kotak air tu, jadi hilang kawalan.

Lepas daripada kejadian itu, aku dengan wife memang buntu tak tau nak buat macam mana. Sebab kalau teruskan macam ini je memang tak boleh tahan. Sampai bila nak beli air kotak-kotak macam ini lagi. Dah lah berat pula itu, bukannya ringan. Aku dengan wife memang tak habis fikir.

Bila ada perkara yang boleh memudahkan tu, kadang kena spend duit lebih sikit pun takpe. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri juga.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge