Pengalaman belikan isteri cermin mata

bila-kena-pakai-cermin-mata

Sebelum ini isteri aku banyak kali dah mengadu yang kepala dia selalu sakit. Lepastu dia kata kalau tengok benda yang jauh memang dia tak nampak. Pandangan dia jadi macam kabur dan tak jelas.

Banyak kali kitorang lawan tengok perkataan yang jauh. Biasanya aku memang nampak, isteri aku dia tak nampak. Kalau dalam kereta itu selalu kitorang tengok signboard kat sekeliling jalan raya itu.

belanjalah isteri kita selalu

Penglihatan sudah tak jelas

Aku tanya dia nampak tak tulisan itu. Dia kata tak nampak, sedangkan aku nampak jelas. Kemudian aku decide nak belanja isteri aku cermin mata. Kalau sebelum ini memang aku tak mampu nak belikan dia apa-apa.

Sebab keadaan kewangan dulu aku sendiri pun kadang bergantung dengan duit niaga nasi lemak isteri aku. Bila ada rezeki lebih ini, memang dah jadi kewajipan kita suami kena belikan keperluan isteri.

belikan yang terbaik untuk si dia

Pilih yang mana minat

Kitorang pergi shopping mall kat Putrajaya. Disebabkan dah duduk Semenyih so macam malas nak pergi jauh sampai KL. Tak silap aku nama kedai yang kami pergi itu Focus Point. Duduk je terus staff dorang layan dengan baik.

Lepas dah check mata baru dorang suruh pilih bingkai yang mana berkenan. Mula-mula aku tanya wife dia nak bingkai yang mana satu. Dia kata ambil yang bahagian depan ni je sebab tengah promosi. Aku tanya ada yang bingkai yang minat tak?

jangan berkira dengan isteri sendiri

Biasa isteri memang menolak mula-mula

Dia diam. Aku tanya lagi sekali ada bingkai yang minat tak? Lepas tu dia geleng. Aku tanya nak bingkai yang macam mana. Pilih lah saya tak kisah, asalkan awak suka. Lepas itu baru dia senyum balik. Dia tunjuk kat aku bingkai yang dia nak.

Ada dekat bahagian dalam. Aku kata kat staff itu, wife saya nak yang bingkai yang itu. Lepas itu isteri aku macam menolak. Dia kata takpelah bie. Ambil yang bingkai biasa ini pun. dah okay. Aku cakap, takpelah. Cermin mata ini nak pakai lama. Ambil lah yang elok sikit.

kebahagian si dia paling utama

Jadilah suami yang memahami

Macam itu lah isteri. Walaupun ada yang dia nak, tapi seboleh-bolehnya dia taknak menyusahkan kita. Bagi aku tak salah pun kalau kita nak belikan dia barang yang baik untuk dia. Aku percaya duit itu takkan habis kalau kita belanja untuk kebahagian isteri.

Dan memang betul, rezeki itu kadang terasa lagi mudah masuk. Rasa senang je nak closed customer. Banyak jumpa pelanggan yang baik-baik. Bahagiakan lah isteri kita sama macam mana kita bahagiakan dia masa kita bercinta sebelum kahwin dulu.

Sebab dia sekarang ini kekaksih halal kita dah pun.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge