Lima hari aku tak post artikel kat blog ni. Disebabkan ada beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan haha. Apa-apa pun blog aku ini dah okay balik dah. Insha ALLAH aku konsisten kan penulisan setiap hari macam biasa.
Disebabkan aku still lagi kat Sandakan kampung wife, so ada macam-macam aktiviti yang aku buat kat sini. Penat tu tak payah cakap lah. Memang daripada start bangun tidur sampailah tidur balik ada je yang kitorang buat haha.
Biasanya aku bangun pagi dalam pukul 5 macam itu. Sebab kan sini awal sejam daripada kat semenanjung. So pukul 5 kat sini dah macam pukul 6 kat KL. Kalau pukul 6 itu memang dah terang benderang lah cerita dia hehe.
Wife akan ajak aku keluar sarapan kat bandar. Rumah mak mertua aku ini kat Bandar Sim-Sim rumah atas air. Nak ke bandar itu dekat je dalam 5 minit drive. Kitorang ada sewa kereta proton saga flx RM 300 untuk 3 hari. Alhamdulillah senang sikit nak jalan kalau tak kena minta family datang ambil kitorang kat sini.
Sarapan kat Sandakan ini famous dengan mee goreng. Tak tau kenapa tapi kebanyakan kedai ada jual mee goreng. Ada macam-macam jenis mee yang digoreng tapi aku tak berapa kisah sangat. Aku bedal je asalkan sedap. Haha. Dan kebanyakannya semua memang sedap belaka.
Petang kitorang akan singgah rumah nenek wife kat Tanah Merah. Rumah kat sini pun atas air juga. So memang pengalaman lain daripada yang lain kalau nak banding kan tinggal kat KL. So Danish dengan Khalish memang seronok main kat sini sebab ramai budak-budak sepupu dorang.
Bila dah lewat malam baru kitorang balik ke rumah sim-sim balik. Kalau datang rumah nenek memang best sebab ramai orang. Rumah nenek walaupun rumah kayu tapi besar dan lapang budak-budak memang berlari ke depan ke belakang. Haha kelakar betul.
Pengalaman kali kedua datang sini memang tak sama dengan pengalaman pertama dulu. Yelah masa datang dulu time tu nak nikah nak kahwin. Masa itu takde nak fikir jenjalan ke apa sangat. Dalam kepala nak bagi majlis cepat settle dan balik KL cepat-cepat sebab nak niaga. Kalau cuti-cuti lama-lama duit takde.
Tapi kali syukur rezeki ALLAH SWT. Hidup rasa lebih tenang dan dapat enjoy setiap moment dengan keluarga. Anugerah dan nikmat ini takkan dapat dibeli dengan duit. Alhamdulillah.
Artikel menarik untuk anda:
Pengalaman tak dapat balik kampung isteri beraya
Alhamdulillah, lepas 6 tahun last masa aku kahwin dulu, ni lah kali pertama aku balik kampung isteri aku semula. Perasaan teruja itu…... Baca selanjutnya »
Pengalaman muntah cirit birit sebab minum air bungkus
Aku pernah niaga nasi lemak kat bawah flat dengan isteri. Ingat lagi time tu kitorang baru kahwin. Orang kata nak baru nak…... Baca selanjutnya »
Pengalaman berkumpul dan menginap bersama pasukan di Melaka
Kali ini kitorang berkumpul dan bakar-bakar sesambil hirup udara pantai kat Melaka. Untuk team bawah Amit dengan Syima ini rasanya kali pertama…... Baca selanjutnya »
3 sebab suami gembira bila berada di rumah
Ha.. Ini rahsia yang saya nak kongsikan dekat semua isteri yang memang kalau boleh nak suami itu berkepit je kat rumah. Terus…... Baca selanjutnya »
3 tanda-tanda suami gembira berada di rumah
Isteri wajib baca sampai habis. Senang je sebenarnya kalau kita nak tau suami ini dia happy ke tak bila kat rumah. Mana-mana…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions