Siapa yang kenal aku sebelum ini mesti tau yang aku ini salah seorang peniaga di bazaria larut malam yang terkenal di Malaysia. Mana lagi kalau bukan KL Downtown Night Market di Cheras.
Hampir 10 tahun aku berada dalam lapangan sebagai peniaga pasar malam. Macam-macam orang yang aku pernah jumpa. Aku ada ramai kawan-kawan yang berniaga masa itu. Dorang semua kebanyakannya jual barang lain-lain, tak sama dengan barang aku.
Seorang yang rajin bekerja
Ada salah seorang kawan aku ini dia jual minyak wangi. Dia kerja kat kedai itu, bukan kedai dia sendiri. Rajin dia, memang jenis buka kedai hari-hari. Susah nak nampak dia cuti daripada buka kedai. Untung boss dia ada pekerja macam dia.
Kedai sepatutnya buka pukul 9 malam tapi petang dalam pukul 6 lebih dah datang dah. Dia akan sapu sampah dulu, lepas tu perlahan-lahan buka khemah kanopi kedai. Dia susun satu-satu barang niaga. Lap yang mana kotor.
Layanan terbaik untuk semua pelanggan
Bila time orang semua dah start urus niaga, lampu dah buka dia terus sibuk dengan aktiviti jualan dia. Semua orang yang lalu depan kedai dia memang dia akan tegur je. Dia tak kisah orang itu beli ke tak beli dengan dia.
Dia akan spray je tester kat semua orang yang lalu. Aku perasan kedai dia mesti ramai orang datang masuk. Kalau dah masuk itu memang jarang orang keluar tak bawa bag plastik. Mesti semua jadi beli dengan dia.
Sentiasa tambah baik ilmu pengetahuan dan skil
Bila time orang dah slow, aku suka singgah kedai dia. Belajar macam mana cara dia bina hubungan dengan pelanggan. Aku perasan dia memang pandai bab pengetahuan minyak wangi ini.
Mungkin disebabkan dia jumpa ramai orang yang berlainan setiap hari. Daripada situ dia belajar untuk improve kan knowledge dia. Aku kerap juga beli minyak wangi dengan dia masa itu. Semua yang aku beli hasil cadangan daripada dia.
Orang baik sentiasa akan diingati
Untungnya aku masa itu aku boleh cuba semua minyak wangi tu dulu baru pilih nak beli yang mana. Senang bila ada kawan yang jual minyak wangi macam ini. Dia pun bagi je aku try semua tester yang ada kat kedai.
Dah dekat 4 tahun aku tak jumpa dia start daripada downtown diberhentikan operasi sebab tanah tu dah dijual kepada swasta. Entah mana lah kawan aku itu sekarang. Susah nak jumpa orang yang baik macam dia.
Aku doakan kau dipermudahkan urusan selalu sobat.
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa kena berkawan dengan si penjual minyak wangi
Masa kecil-kecil dulu ustaz kat sekolah selalu ceritakan tentang hadis Rasulullah SAW. Ada banyak, tapi ada satu yang aku ingat sampai sekarang…... Baca selanjutnya »
Kelebihan menggunakan satu jenis minyak wangi
Hari ini aku nak kongsikan kelebihan bila kita pakai satu jenis minyak wangi dan kita tak tukar-tukar minyak wangi. Bagi aku tak…... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali bau minyak wangi Creed Aventus
Haritu aku jenjalan dekat mall The Gardens. Siapa yang pernah pergi mall ni mesti tau lah yang kat sini banyak barang-barang branded….... Baca selanjutnya »
3 masalah yang selesai dengan minyak wangi
Manusia memang takkan boleh lari daripada masalah. Masalah itu akan sentiasa datang tanpa kita duga. Macam mana nak mengelak pun tetap tak…... Baca selanjutnya »
Rasulullah SAW sangat menyukai minyak wangi dan wangi-wangian
Semalam aku ada dengar satu video ceramah Kat YouTube. Macam biasa waktu malam bila semua kerja-kerja follow up customer dah settle, aku…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions