Tahun ini tak dapat bersolat terawih di surau. Jadi boleh kata pengalaman baru bila solat bersama keluarga di rumah. Sebelum ini rasanya memang tak pernah lagi terawih dengan keluarga.
Aku raikan suasana kali ini dengan penuh rasa syukur. Walaupun masih dalam tempoh kawalan pergerakan, tapi alhamdulillah dilonggarkan sedikit mudahkan untuk beli barang keperluan.
Berbual tentang kisah silam
Selepas siap terawih, kami makan makanan ringan yang dibeli di gerai berdekatan dengan rumah. Takdelah ringan sangat kalau dah makan murtabak dengan roti john pula hihi.
Apa yang aku nak kongsikan kali ini, bila kita dah bersama dengan keluarga ini berkumpul sama-sama banyak perkara yang di bualkan. Bercerita tentang kenangan kisah lama dahulu.
Rahsia yang masih rahsia
Papa aku jarang bercerita tentang zaman beliau kecil. Tak tahu kenapa, sejak daripada kami budak-budak memang papa aku sedikit berahsia. Banyak perkara tentang beliau yang kami tak tahu.
Kami tak pernah balik ke kampung papa. Tak pernah kenal dengan atuk dan nenek belah papa. Kami pun tak pernah tanya. Waktu moreh ini papa banyak bercerita tentang zaman beliau kecil.
Menulis atas batu
Papa cerita masa sekolah beliau belajar atas papan batu. Waktu itu takde buku lagi. Memang susah papa kata. Lepas tulis apa yang cikgu ajar, hafal kemudian padam balik semua. Punya lah payah.
Papa cerita tentang kawan dia semua orang besar. Walaupun baru darjah 4 tapi papa dah berkawan dengan orang tingkatan 4. Belajar naik motor besar walaupun masih budak-budak lagi. Duduk kampung kan.
Kenangan indah abadi
Aku nampak ada part-part yang papa tengah cerita itu, mata papa bergenang air mata tapi papa tak nangis. Mungkin kenangan itu tak pernah diceritakan langsung sebelum ini dengan siapa-siapa.
Jadi selama ini tersemat je dalam memori. Sampai waktu aku sedang menulis artikel ini, aku masih berborak lagi dengan papa. Ada banyak lagi yang papa mahu ceritakan kepada kami semua adik beradik.
Artikel menarik untuk anda:
Aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah
Semenjak duduk di rumah lebih sebulan, banyak aktiviti yang saya dan anak-anak lakukan bersama-sama untuk mengisi masa lapang di kala kami semua…... Baca selanjutnya »
Hikmah solat berjemaah dirumah bersama keluarga
Sebagai seorang manusia, kita diciptakan di dunia ini sebagai hamba dan beribadah hanya kepada Allah SWT. Jadi setiap hari, seorang muslim wajib…... Baca selanjutnya »
Bila dalam kesusahan, keluarga sentiasa ada bersama
Mesti ada antara kita adik beradik yang hidup dia boleh kata senang dan selesa berbanding yang lain. Ada pula sesetengahnya berada dalam…... Baca selanjutnya »
Hikmah bersama keluarga dalam tempoh perintah kawalan pergerakan
Hampir 2 bulan duduk rumah sejak daripada mula perintah kawalan pergerakan. Jadi hampir setiap hari kita bersama keluarga daripada bangun tidur sampai…... Baca selanjutnya »
3 tempat menarik bawa anak-anak berjalan selepas tamat tempoh kawalan pergerakan
Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions