Pengalaman muntah cirit birit sebab minum air bungkus

air-kotor

Aku pernah niaga nasi lemak kat bawah flat dengan isteri. Ingat lagi time tu kitorang baru kahwin. Orang kata nak baru nak belajar hidup sendiri. Yelah, sebelum ini kan tinggal dengan mak ayah. Takdelah rasa susah sangat. Bila dah kahwin takkan nak minta duit orang tua lagi kan.

Aku memang niaga kat downtown. Tapi masa tu niaga takdelah okay sangat. Cuma cukup-cukup nak bayar sewa rumah dengan komitmen lain-lain macam bil api bil air tu je lah. So kitorang pun plan nak meniaga nasi lemak untuk nak buat duit tambah-tambah. At least bini aku ada juga kerja nak buat. Aku sesambil tu tolong-tolong dia.

Masa kitorang tengah niaga, memang tak pernah bawa air turun dari rumah. Sebab malas nak jerang air sebab dah penat masak lauk daripada start pukul 3 pagi lagi bini aku dah masak. Time meniaga memang bila cuaca dah start panas tu memang dahaga sangat.

Beli sebab murah

Tapi kitorang tak risau sebab ada orang jual air bungkus kat kawasan tempat kitorang niaga ini. Dorang pusing-pusing naik motor. Aku rasa orang yang jual ni bukan orang kita pun. Macam orang luar datang niaga kat tempat kita. Aku pun beli sebab murah. Seringgit je sebungkus. Macam-macam air ada. Teh o ais la, air mangga susu, lepas itu ada air lain lagi tapi tak ingat.

Dorang selalunya ada 2-3 orang yang pusing-pusing kat situ. Orang dia lain-lain. Bukan air je dorang jual. Makanan pun ada juga. Kadang dorang bungkus kuih, bungkus meehun, bungkus donut macam-macam ada. Setiap sebungkus tu seringgit dan dorang gantung kat kotak belakang dorang duduk tu. Kotak tu nampak macam buat sendiri je ikat ke body motor.

Ada satu hari tu nasib tak baik kot aku rasa. Aku beli je macam selalu air yang dorang jual. Tak silap aku air oren kalau tak salah. Air oren seringgit, siapa tak nak kan. Murah lagi. Masa aku first sedut je air tu aku dah rasa lain macam dah. Bini aku pun minum rasa lain macam. Tapi kitorang takdelah nak fikir apa-apa. Minum je lah macam biasa.

Sekejap je terus sakit perut

Tak lama lepas itu dalam setengah jam aku terus rasa terbuang air besar. Isteri aku pun sama. Terus kitorang kemas barang niaga yang tak habis tu bawa balik rumah. Sampai rumah memang terus memerut tak ingat. Nasib baik rumah kitorang tandas ada dua.

Lepas itu aku muntah, selang berapa minit bini aku pun muntah juga. Ya Allah masa tu rasa macam sakit gila lah perut ni tak tahan. Memulas mulas rasa macam usus tu kena pusing. Kitorag dah tak boleh tahan terus henjut pergi Hospital Kuala Lumpur. Sampai sana doktor bagitau kitorang keracunan air sebab minum air tak bersih.

Aku memang dah syak ni mesti masa minum air oren tadi. Nasib baik anak kitorang tak bagi minum. Kalau tak dengan dia sekali cirit birit. Doktor bagi ubat air garam supaya kitorang minum. Mak aku ada bagi nasihat buat air teh o panas pekat lepastu jangan letak gula, tapi letak garam.

Kena lebih hati-hati lepas ini

Pahit gila minum, memang kelat. Bini aku selamba je minum sebab tak tahan. Aku pun nak taknak terpaksa minum juga lah bagi habis satu gelas. Esok tu baru lah rasa lega sikit. Cirit-birit dah stop. Muntah pun dah stop. Cuma perut still ada rasa memulas-mulas lagi sikit.

Lepas daripada kejadian tu kitorang memang dah tak beli dah air yang dorang jual. Sebab kitorang dah tak ingat motor yang mana satu yang jual. Kat rumah pun kitorang dah tak minum air jerang terus dari paip macam tu je. Doktor bagitau air paip kat rumah memang kotor. Kejadian tu buat aku berfikir dua tiga kali kalau nak beli air bungkus lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge