Alhamdulillah dah selamat sampai Kuala Lumpur balik. Seminggu dekat Sandakan Sabah memang banyak cerita yang aku boleh kongsikan. Nanti-nantilah aku sampaikan cerita yang best-best.
Ini pun baru sampai rumah memang letih betul. Sakit kaki duduk dalam flight nak dekat 3 jam. Lepastu nak sampai ke rumah pula nak dekat sejam. Lenguh betul peha aku, sampai sekarang rasa nyut-nyut.
Tadi masa nak naik kapal terbang, ada banyak benda yang pramugari dorang settlekan. Mungkin sebab ramai orang, so dorang terlambat nak berlepas kalau ikutkan jadual yang sepatutnya.
Aku perasan yang captain kapal itu bawa kapal terbang macam nak cepat je. Masa take off semua okay takde masalah, cuma mungkin sebab dalam hujan, banyak kali juga lah yang kapal terbang bergegar.
Bila dah sampai atas dah okay dah. Aku pun rileks je lah main game nak habiskan masa dekat 3 jam baru sampai KL. Bila nak dekat sampai itu, ada lah dalam sejam lagi, tetiba captain kapal announce yang lampu landasan kat KLIA 2 tak berfungsi.
So menara kawalan minta dorang perlahankan kapal terbang dan suruh berlegar-legar kat atas awan tu sementara nak dapatkan update yang terbaru daripada airport. Aku dengar tadi arahan kena berlegar atas awan itu memang lain macam juga lah bunyi dia.
Dah lah flight malam. So dorang estimate time sampai tu maybe akan lambat sikit dalam 15 minit. Aku pun dah rasa macam movie tadi. Walaupun ada macam sikit suspen tapi aku buat rileks je lah. Haha. Captain kapal pun suara steady je tenangkan kitorang.
Tak lama lepas tu captain kapal bagitau yang problem itu dorang dah berjaya fixed dan kitorang dibenarkan mendarat dan sampai ikut estimate time yang dah ditetapkan. Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Tapi pengalaman naik kapal terbang kali ini aku takkan lupakan sampai bebila.
Artikel menarik untuk anda:
AKU NAIK KAPAL
Aku turun satu persatu anak tangga yang berada didalam kapal. Sungguh aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku akan belayar di dalam sebuah…... Baca selanjutnya »
Pengalaman tidur dalam bas
Aku dulu sekolah menengah kat Kedah. Ramai orang tanya aku, kenapa aku memang dilahirkan kat Kuala Lumpur dan membesar dekat KL tapi…... Baca selanjutnya »
Pengalaman tak dapat balik kampung isteri beraya
Alhamdulillah, lepas 6 tahun last masa aku kahwin dulu, ni lah kali pertama aku balik kampung isteri aku semula. Perasaan teruja itu…... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali masuk butik Coach di Genting Highland Premium Outlet
Fuh memang terbaiklah! Aku rasa untuk orang yang memang tergila-gilakan shopping, korang wajib kena singgah dekat Genting Highland Premium Outlet ini ataupun…... Baca selanjutnya »
HABISLAH KALAU ADA KERETA TERBANG
Tak sangka pula, sampai banyak macam tu sekali sampah yang ditinggalkan masa sambutan ambang tahun baru 2 hari lepas. Bukan main penuh…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions