Pengalaman pajak emas isteri

pilih-emas

Bila berniaga ini memang ada naik turun. Aku sendiri pun dah pernah kena dah. Zaman niaga tengah naik memang sedap lah. Nak beli apa semua boleh. Nak beli kereta ke, apa je keinginan yang nak.

Tapi bila niaga tengah drop, masa ini memang menggagau lah cerita dia. Buat itu tak kena, buat ini tak menjadi. Pening kepala tak habis fikir sebab apa boleh jadi sampai macam itu sekali.

emas sangat bernilai pada isteri

Terpaksa buat untuk kelangsungan hidup

Dulu masa niaga aku tengah drop, aku pernah lah terjebak pajak emas bini aku kat kedai pajak. Sebelum ini terus terang cakap aku tak pernah langsung masuk kedai pajak. Prosedur nak memajak ini pun aku tak tau.

Entah berapa bunga dia apa semua. Tapi bila niaga tengah drop sampai tahap nak beli pampers anak pun dah takde duit, nak tak nak kena juga lah minta dengan isteri emas dia kejap. Masukkan ke dalam.

lebihkan membeli, elakkan memajak kalau boleh

Takut pegang duit di tangan

Dapat lah duit seketul, masa itu memang rasa lega sangat bila dah ada balik cash kat tangan. Rasa macam kalau main game itu dapat nyawa extra balik. Macam itu lah perasaan dia. Gila betul time itu rasa.

Lepas itu nak pegang duit itu pun aku dah jadi takut. Suruh bini aku je pegang. Apa nak jadi kalau tak cukup lagi sampai dapat duit gaji aku tak tanggung aku cakap. Aku langsung taknak usik duit itu.

suasana kedai emas berikan seribu satu perasaan

Sedih tengok emas isteri dah kosong

Bini aku lah yang pegang. Dia tengok je tangan dia gelang dah takde. Tengok leher rantai dah takde. Tengok jari semua licin bogel takde langsung emas dah. Fuh memang mencabar betul hidup time ini.

Bulan-bulan bayar lah bunga dia sampai lah ada duit nak tebus balik emas itu. Makan berapa bulan jugalah baru dapat keluarkan balik. Itupun memang perah niaga kaw-kaw siang malam tak ingat punya.

fikir baik-baik sebelum buat keputusan

Elak selagi boleh, bayar sampai habis

Itu lah secebis kenangan yang aku dah pernah rasa. Ke depan aku harap sangat janganlah ada drama pajak emas ini lagi. Hati tak kuat tengok isteri sedih barang dia takde. Dah lah tu, risiko dia kalau tak bayar terus lesap lah emas itu.

Suami kat luar sana, kalau kata tak pernah gadai emas bagai ini, elakkanlah. Suasana kat kedai pajak itu memang tak best. Mana yang tengah duk ada emas kat dalam itu cepat-cepat lah bayar balik hutang itu. Lupakan dulu barang kepentingan sendiri.

Emas itu hak isteri.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge