Pengalaman pecah guni bundle

peminat-bundle

dulu bapak aku niaga barang bundle. lama dah start, sebelum kahwin dengan mak aku lagi. aku pernah tolong bapa aku pecah guni. memang berat bundle itu ada kadang sampai 100 kg satu bundle itu. ada beribu helai baju dalam satu guni.

bukan senang nak asingkan barang-barang itu semua. mana yang barang kepala, mana barang badan, mana ekor, mana yang nak kena buang nak kena check balik satu-satu. kena buat dengan teliti kalau tak takut ada barang rare yang terlepas pandang.

Masalah bagi orang yang sensitif

dalam duk tengah asing-asingkan baju itu semua, satu perkara yang aku tak tahan sekali habuk dalam bundle itu lah. sebab baju-baju itu kan datang dari luar negara. kadang ada yang dah lama terpenyet dalam bundle itu tak dibawa keluar.

jadi bila kita buka, memang penuh lah habuk yang ikut sekali. aku ini dah lah sensitif. hidung aku ini jenis tak boleh tahan dengan habuk. nak kata tak biasa, bertahun juga lah aku tolong bapa aku pecah guni bundle-bundle itu.

Hidung berair, mata gatal-gatal

aku tengok bapak aku memang steady je, takdehal dengan habuk. yang aku ini kadang walaupun dah siap bertutup mulut hidung dengan kain, tapi still juga bersin-bersin tak berhenti. bersin itu takpe lagi. yang tak tahan itu bila hingus dah meleleh.

pergh leceh gila siot. nak tunggu dia hilang itu bukan main lama lagi. kadang ini dah settle semua buat kerja, bila mak aku panggil makan, pun masih tak berhenti lagi. sudahnya semua orang jadi tak lalu makan disebabkan hingus aku tadi itu.

Hidup bundle

aku paling tak tahan bila dia pakej sekali dengan gatal-gatal. adoyai, ini yang paling aku lemah sekali. dah tergaru-garu pula sampai hidung dah naik merah. kadang aku dah tak tahan aku rendam je muka aku dalam air. barulah lega sikit, kalau tak lagi teruk.

sampai sekarang aku respect dengan orang yang main bundle. tak kisah lah sama ada dia beli ke atau dia niaga. nak main bundle ini kena ada jiwa dia babe. kalau kena dengan jiwa, kau tengok lah. baru kau tau apa erti menghargai sesuatu barang.

jiwa-jiwa bundle, korang memang awesome!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge