Pengalaman pertama kali bau minyak wangi Creed Aventus

minyak-wangi-creed-aventus

Haritu aku jenjalan dekat mall The Gardens. Siapa yang pernah pergi mall ni mesti tau lah yang kat sini banyak barang-barang branded. Semua kedai dia barang mahal-mahal.

Haha. Aku kebetulan nak pergi jumpa cikgu aku. Tengah jalan-jalan nak singgah surau jap. Aku ada ternampak satu kedai jual barangan kecantikan diri ni.

Baru tahu ada kedai yang jual minyak wangi ini

Mata aku terperasan ada satu rak dalam kedai tu. Aku jalan dah terlepas dah pun kedai itu. Tapi aku patah balik. Aku terkejut rak tu penuh dengan minyak wangi daripada jenama Creed.

Biar betul! Setahu aku daripada pembacaan artikel aku kat Google sebelum ini, takde kedai kat Malaysia yang jual minyak wangi ni. Even dekat kaunter yang famous macam kat Sogo pun.

Setahu aku lah. Tak tau lah sekarang ni mana-mana kedai pun ada jual. Aku pun berani kan diri masuk ke dalam kedai tu. Fuh dari luar pun dah tercium bau wangi kedai ni apa lagi kat dalam.

Tak boleh bayangkan punya sedap bau dia

Aku pun belek minyak wangi Creed Aventus antara yang famous yang aku pernah baca. Lepas tu aku minta pekerja kedai tu spray kan sikit kat kertas aku nak cium bau dia.

Perghhhhhhhhh. Memang sedap gila bau dia weyh. Bau dia tu memang betul-betul maskulin, kemas dan macho. Pakai je minyak wangi tu aku rasa mesti terus perasan diri handsome.

Lepas itu aku tanya lah pekerja dia tadi. Berapa harga minyak wangi ni. Dia kata harga lebih kurang dalam 1200 ringgit. Anookkk mahal gila minyak wangi ni rupanya.

Harga dia memang keras habis

Memang betul lah macam harga yang aku tengok kat website sebelum ini. Sebab tu tak semua kedai ada jual. Sebab minyak wangi biasa dalam 300 lebih macam tu je.

Lepas je dah dengar harga aku telan air liur dan minta izin keluar daripada kedai itu. Pekerja tu pun aku perasan macam dia pandang agak sinis kat aku.

Tapi nak buat macam mana. Memang mahal minyak wangi dia. Bagi aku harga dia itu memang berbaloi sangat-sangat untuk sesiapa yang decide nak beli.

Siapa yang beli memang berbaloi

Aku berani jamin level keyakinan diri kau lepas ini mesti sentiasa kat atas walaupun dalam keadaan kau tengah jatuh. Jangan terkejut kalau tetiba ramai perempuan tanya kat kau.

Kalau diorang tanya abang pakai minyak wangi apa, jawab je lah minyak wangi Creed Aventus. Confirm mesti ramai perempuan yang akan cair dengan kau Hahaha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge