Pengalaman pertama kali bawa kereta Honda City 2020

2d862ec1-1ec7-4efc-bd20-f9cc4f078c07

Masa aku beli kereta ni, aku tak test drive dulu. Ramai yang tanya aku kenapa tak cuba bawak? Sama ada sesuai ke tak, sedap ke tak bila kita drive kereta ni. Tapi aku tetap dengan alasan aku sendiri.

Nanti aku cerita kenapa. So masa dapat kereta haritu tu perasaan aku memang teruja gila. Yelah, best ke kereta Honda ni? Dulu aku pernah bawak crv lama kawan aku bagi pinjam.

Tapi masa tu dah tak ingat macam mana bestnya kereta Honda ni. Masa sa aku bagi kunci kereta tu memang berdebar lah. First time nak guna push start button kan haha. Kereta lama mana ada.

Bila start je tayar golek, benda pertama yang aku perasan kereta ni dia punya stereng tu sedap giler weyh. Lembut je bila kita pegang. Kawan aku kata stereng dia ni jenis elektronik.

Kalau salah betulkan aku ea. Tapi aku perasan stereng dia masa bawa slow dia lembut je. Bila bawak laju automatik dia jadi macam tegap stereng tu. Siap ada paddle shift tu. Aku tak guna lagi benda tu. Tak explore lagi haha.

Lepas tu aku perasan dia punya kerusi memang empuk yakmat. Aku punya model v spec so dia dah siap balut leather seat. Fuh Memang kemas gila. Sedap je dengan badan yang aku besar sikit ni.

Aku suka dia punya headrest. Memang nampak exclusive. Aku tak sure varian yang lain tapi yang ni memang dah ala-ala kereta sedan segmen c dah. Aku naik perdana yang baru tu pun tak macam ni seat dia.

Yang paling best masa tekan minyak. Pijak sikit je, kereta ni dah terus pergi dah. Memang hebat, aku kagum betul bila nak potong kereta lain. Tekan je dia dah terus pergi. Ni review aku yang tak tau sangat pasal kereta.

So aku cerita daripada pengalaman aku bawak kereta ni. Overall bagi aku dengan duit yang dah spend dekat 90k sekali on the road termasuk insuran memang berbaloi sangat. Tak rugi ambil kereta ni.

Walaupun sebelum ni dah booking kereta x50, lepas tu tukar ke kereta ni. Banyak lagi aku nak cerita pasal kereta ni. Nanti lah kat lain artikel. Belum cerita pasal lampu belakang dia yang sexy tu haha.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge