Fuh memang terbaiklah! Aku rasa untuk orang yang memang tergila-gilakan shopping, korang wajib kena singgah dekat Genting Highland Premium Outlet ini ataupun biasanya aku dengan kawan-kawan yang lain duk panggil GPO ini.
Terus terang aku cakap barang kat sini memang murah giler kalau nak dibandingkan dengan harga-harga barang kat KL. Aku masuk butik Coach tadi. Perghhhh. Memang dorang bagi diskaun murah giler. Masuk-masuk je dorang terus bagitau kat kitorang.
Hari ini dorang ada buat diskaun 40% 10% 10%. Aku ingatkan diskaun 60% tapi bukan. Dia buat percent diskaun itu 3 kali. Aku pun tak faham sangat mula-mula. Aku dengar je tapi memang banyak gak lah diskaun dia itu. Semua barang yang ada dalam kedai itu. Bukan yang selected je. Memang rambang mata weyh haha.
Pekerja dia pun ada bagitau yang diskaun dorang buat setiap 2 minggu bertukar. Bila kat dalam itu memang rambang mata lah aku tengok semua barang dia. Ini first time aku masuk butik mewah macam ini. Sebelum ini seumur hidup memang aku tak pernah masuk langsung. Takut nak masuk haha.
Kebanyakan barang lelaki yang ada dalam itu memang aku berkenan sangat. Kebetulan aku punya dompet dah lama tak bertukar. Dompet yang sekarang ini aku pakai hadiah masa tunang dulu tahun 2012. Dah 8 tahun dah aku pakai. So aku punya interest tadi memang ke arah dompet je.
Berapa harga itu korang kena lah datang sini. Haha. Standard barang Coach lah tapi bila dah diskaun itu memang berbaloi-baloi sangat nak beli. Aku keluar daripada kedai mewah ini dengan perasaan yang puas sebab aku tak pernah masuk langsung kedai macam ini sebelum ini.
Lepas ini aku pergi lagi. Kalau ada peminat Coach yang nak pergi sekali jom lah. Kita pergi sesama. Aku pun nak kenal dengan lebih mendalam lagi pasal brand ini.
Artikel menarik untuk anda:
Pengalaman pertama kali bau minyak wangi Creed Aventus
Haritu aku jenjalan dekat mall The Gardens. Siapa yang pernah pergi mall ni mesti tau lah yang kat sini banyak barang-barang branded….... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali nampak ‘Diffiuser’ dan berbau sangat wangi
Haritu aku pergi ke showhouse gallery untuk sign agreement rumah yang aku beli. Dalam galeri tu memang dah ada rumah contoh bentuk…... Baca selanjutnya »
Percutian tak rancang ke Genting Highland
jujur cakap, selama aku kahwin dengan isteri nak dekat 6 tahun, kami memang jarang menginap di hotel. seingat aku 3 kali je…... Baca selanjutnya »
Pertama kali bawa anak-anak ke rumah salji i-City Shah Alam
Tahun lepas saya ada bawa anak-anak pergi rumah salji. Tak jauh pun dekat je dengan tempat saya tinggal. Rumah salji ini terletak…... Baca selanjutnya »
KENAPA SALES SUSAH MASUK?
Pening weyh bila kau dah buat macam-macam cara, tapi still lagi susah nak dapatkan sales itu. Apa je aktiviti yang kau tak…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions