Pengalaman pertama kali menginap di Hotel Pullman Kuala Lumpur

bilik-besar-dan-mewah-1

sebelum ni rasanya tak pernah pula teringin nak menginap hotel kat Kuala Lumpur ni. yelah, nak menginap buat apa, dah memang duduk kat KL juga kan? haha. rupanya best juga ya bila menginap hotel walaupun kat dalam KL. lagi-lagi bila menginap kat hotel yang mewah, lagilah seronok. sampai kat hotel je terus rasa lain maciam.

yelah, kat lobi hotel pun dah nampak grand, itu belum lagi masuk dalam bilik. haha. aku decide nak stay kat hotel hari ni sebab nak celebrate birthday isteri aku. sebelum ni memang tak pernah merasa lah. yelah hotel macam ni biasanya bila nak menginap memang kena standby lah 4-5 ratus satu malam. mana nak cari duit banyak macam tu?haha.

bilik memang puas hati, mewah dan selesa
sambil bercuti pun boleh uruskan order customer hehe

kalau ada pun dah tentu habiskan kat benda lain. tapi alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi sekarang ni. boleh lah merasa nak menginap hotel yang macam ni. aku tau mesti ramai yang memang teringin nak menginap kat hotel-hotel mewah, tapi bila fikir-fikir balik tak berbaloi sebab harga dia yang mahal. betul tak?

jangan risau. sebab kali ini aku dah jumpa orang yang boleh dapatkan harga yang murah. cuma macam biasalah. kena booking awal lah sebelum tarikh nak menginap tu. seminggu awal ke, 2 minggu awal ke. macam aku haritu memang dah booking nak dekat sebulan awal dah. haha. tapi berapa harga yang aku dapat sebenarnya?

suka danish dah standby nak mandi kat bathtub dengan swimming pool
adik khalish muka baru bangun tidur, garang semacam

cuba teka agak-agak berapa menginap kat hotel macam hotel pullman ni? try lah check, tak lari lah 3-4 ratus satu malam. cuba teka berapa aku dapat harga menginap untuk satu malam? haha mesti terkejut punya kalau aku bagitau. aku menginap kat sini cuma kena bayar rm150 je satu malam. tu diaaaaaa. murah giler kan? hahaha. aku pun tak percaya.

yang lagi best, harga tu dah siap sarapan untuk 2 orang sekali hahaha. memang untung betul lah. itulah dinamakan rezeki. aku pun mula-mula macam tak percaya. tapi sebab dah murah sangat tu, aku bedal je teruih kikiki. dah lah tu, budak-budak bawah 12 tahun pula sarapan free, tak payah bayar. perghhhh. memang terbaiklah.

sempat beli bunga untuk wife kat pavilion hehe

mana yang tak tau, hotel pullman ni memang betul-betul kat belakang pavilion. hahaha best gila tadi, lepas dah check in terus pergi makan kat pavilion. tak payah naik kereta. jalan kaki pun dah sampai. siapa yang memang nak menginap kat kl ni aku suggestkan baik pergi hotel pullman ni je. kemudahan senang, semua dekat, nak pergi memana jalan kaki pun takdehal.

mesti ada yang nak tau macam mana nak booking hotel harga murah-murah ni? so boleh contact dengan fara. aku tak pernah jumpa pun sebelum ni. kitorang deal melalui whatsapp je. tapi servis fara ni memang trusted lah. aku memang puas hati dengan servis dia. dah lah tu, bukan satu hotel je dia boleh adjust. aku rasa hampir semua hotel mewah kat kl ni boleh dapat harga murah daripada biasa.

bilik memang besar dan mewah, boleh tengok sendiri

dan bukannya hotel kat kl je, kat semua negeri pun dia boleh uruskan. aku tengah nak deal hotel ritz-carlton kat langkawi pula dengan fara nanti. fuh haritu tengok pakej harga dia untuk 3 hari 2 malam siap breakfast lebih kurang dalam 600 ++ je. memang murah gila. kalau nak nombor fara ni boleh pm aku kat whatsapp. nanti aku bagitau dia ada kawan aku tengah nak cari hotel juga.

ni nombor whatsapp aku 0123611587

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge