Pengalaman pertama kali nampak ‘Diffiuser’ dan berbau sangat wangi

rumah-yang-sangat-cantik

Haritu aku pergi ke showhouse gallery untuk sign agreement rumah yang aku beli. Dalam galeri tu memang dah ada rumah contoh bentuk apartment yang kami dah booking. Simple dan kemas.

Lepas dah habis sign agreement tu, aku dan wife pun plan nak balik tapi kitorang di pelawa untuk tengok rumah teres contoh yang pemaju perumahan tengah nak bangunkan.

Aku pun tak keberatan nak pergi tengok. Nak beli memang tak mampu lagi. Kurang beberapa ratus ribu ringgit lagi harga nak dekat sejuta dah rumah tu. Haha belum mampu.

Dekorasi dalaman yang sangat mewah

Sampai je dekat rumah unit contoh tu, mata aku memang tak kagum gila dengan interior dalaman rumah tu. Unit contoh kan, dah tentu dorang pemaju nak buat bagi betul-betul cantik.

Ruang tamu dia bukan main besar lagi. Ada 2 tingkat dan ada 4 bilik kalau tak silap aku. Kesemua 4 bilik tu ada bilik air peribadi yang langsung tak campur dengan bilik air tetamu. Best gila lah.

Bahagian bawah aku dah teruja dah tapi aku lebih suka tengok kat bahagian bilik. Sebab aku ini jenis orang yang memang suka duduk dalam bilik lama-lama.

Mesin yang menimbulkan tanda tanya

Reka bentuk dan perabot yang dorang gunakan memang cantik sangat-sangat. Cuma masuk je dalam ruangan bilik, aku perasan ada satu bau yang wangi gila lah. Aku tanya wife aku, bau apa yang wangi sangat ini.

Lepas tu dia tunjuk kat bahagian meja tu ada satu mesin warna putih terletak elok je. Dan mesin tu keluarkan macam wap berasap-asap yang bau dia memang wangi tak ingat.

Lama aku perhatikan benda itu. Aku dah tak pedulikan dah pasal rumah tu sebab aku ini memang mudah tertarik dengan benda yang berbau wangi. First time aku nampak benda macam ini.

Bermula carian dilaman web

Bila kitorang on the way balik aku cuba lah Google dan cari apa benda mesin yang wangi tu. Rupanya nama benda itu diffuser. Ada banyak jenama yang dijual kat atas talian.

Tapi sampai sekarang aku belum beli lagi. Ada masa nanti aku nak singgah kat mana-mana pasar raya dan nak minta penerangan dengan penjual yang jual diffuser ini.

Cadangkan satu yang terbaik

Apa kegunaan dan apa kelebihan bila pakai ini kat rumah sebab apa yang aku selalu guna cuma penyembur wangian yang gunakan bateri itu je. Diffuser ini macam lagi best. Bau dia lagi kuat, tahan lama tapi tak sakitkan hidung.

Kalau ada yang pernah guna diffuser ini boleh lah sharekan pengalaman korang kat bahagian komen. Atau kalau ada nak recommend kan aku diffuser yang best, aku alu-alukan sangat. Terima kasih sharing.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge