Pengalaman tak dapat balik kampung isteri beraya

115505280_1874074319400843_2117482040098834460_o

Alhamdulillah, lepas 6 tahun last masa aku kahwin dulu, ni lah kali pertama aku balik kampung isteri aku semula. Perasaan teruja itu memang tak boleh nak kata apa lah. Sebab benda ini agak emosional sikit untuk diri aku sendiri.

Dulu masa sebelum kahwin aku cakap dengan isteri, setiap kali turn dia balik kampung, aku akan ikut sekali. Tapi masa itu apa yang kitorang plan itu tak sama. Banyak benda yang kitorang dah susun tak menjadi.

Yelah, mana ada sesiapa pun yang tahu apa jadi akan datang. Rupanya bila dah lepas kahwin itu, bisnes aku drop giler. Tak boleh nak belikan tiket untuk kitorang satu family balik kampung. Macam-macam cara aku try buat, untuk lepaskan duit beli tiket.

Tak dapat juga. Last-last aku pulun habis-habisan dan finally berjaya juga beli tiket tapi tiket itu aku beli untuk isteri dengan anak-anak aku je. Aku tak dapat ikut sebab aku kena niaga tak boleh nak lari ke mana-mana. Kalau aku ikut dorang sekali, income kitorang akan short habis.

So tinggal lah aku kat KL dengan mama papa semua. Perasaan sedih sebab berjauhan dengan anak-anak itu memang aku tak boleh nak describe macam mana. Orang yang dah pernah rasa je yang akan faham apa yang aku lalui.

Dan masa itu aku ingat lagi hari raya pun aku berniaga. Aku cuti raya pertama dengan raya kedua je. Raya ketiga aku dah start niaga balik sebab duit dah takde. Mendayu-dayu je dengar lagu raya kat radio.

Raya haji kali ini memang bagi banyak makna dekat aku. Bila kitorang touch down je dekat airport Sandakan tadi, terus perasaan sebak itu menusuk dalam hati. Akhirnya lepas 6 tahun aku fight untuk tambah income supaya boleh balik sesama, akhirnya tercapai juga.

Apa yang pasti ini permulaan yang baik untuk aku kerja dengan lebih kuat lagi. Selalu aku pesan kat kawan-kawan aku, kalau kita rasa susah, ada orang lain yang lagi susah. So nak taknak kita sebagai ketua keluarga kena fight juga untuk dapatkan apa yang kita nak.

Jangan terus salahkan keadaan, cuba check diri sendiri balik. Sampai bila terus nak beralasan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge