Pengalaman tidur dalam bas

sementara-tunggu-bas-sampai

Aku dulu sekolah menengah kat Kedah. Ramai orang tanya aku, kenapa aku memang dilahirkan kat Kuala Lumpur dan membesar dekat KL tapi bila masuk sekolah menengah kena hantar sampai pi Kedah? Haha. Entahlah.

Aku pun tak tahu. Yang tu kena tanya mama lah kenapa mama hantar aku sekolah jauh-jauh. Mungkin sebab nakal sangat kot, tu yang kena duduk asrama tu. Kikiki. Kenapa pergi Kedah? Kenapa tak negeri lain?

Satu sebab sekolah kat Kedah tu sekolah agama yang ada asrama. Mungkin lah kot sebab dah terlampau nakal sangat sebab tu mama papa hantar aku sekolah agama. Supaya jadi ustaz juga. Hurm, yelah.

Jadi ustaz nya tak juga, tapi alhamdulillah, jadi orang juga lah. Haha. Yang kedua sebab ada abang saudara aku sekolah kat sana juga. So dia boleh juga la tengok-tengok kan aku. Mana la tau jadi lagi nakal masa kat sana. Hihi.

Jarak perjalanan yang jauh

Nak pergi Kedah ini jauh. Kalau kata bawa kenderaan dengan had laju kebangsaan tu boleh kata 6 jam juga lah baru sampai sana. Masa mula-mula pergi tu memang lah mama papa hantar sebab nak kena bayar yuran sekolah tu semua.

Tapi bila nak balik KL balik tu takkan lah mama papa nak jemput aku pulak kan? So, biasanya aku akan balik KL naik bas lah. Itu je salah satu kenderaan yang senang dan praktikal. Boleh je kalau nak naik teksi atau kapal terbang tapi harga memang mahal lah.

Nak naik kereta api memang tak lalu. Tak silap aku kalau naik train mau 12 jam baru sampai KL. Jalan paling mudah aku naik bas je lah. Murah pun murah. Tiket masa tu dalam 30 ringgit ++ something lah.

Aku pun minta tolong ustaz aku masa itu belikan tiket bas. Seingat aku naik bas masa tu malam. Ustaz kata kalau naik siang boring. Rasa lama 6 jam tu nak sampai KL. Kalau naik malam boleh tidur dalam bas.

Nasib tak baik kawan sebelah tidur berdengkur

Aku pun on kan je lah. Kita first time. Mana lah tau apa-apa. Masa tu baru umur 13 tahun. Bila dah naik bas tu aku rasa pelik sikit. Awal-awal tu semua orang busy berborak sesama dorang. Sebelah aku ini pula ada seorang akak cantik.

Aku nak tegur rasa macam segan. Dia pun tengah sibuk layan discman dia. Aku pun tengok je tingkap. Lepastu dalam setengah jam bas dah gerak, aku perasan semua orang dah tidur.

Aku pun cuba-cuba lah juga bawa tidur macam ustaz aku cakap. Mana tau bangun tidur dah sampai KL kan? Hehe. Aku pusing kiri, tak boleh nak lena. Aku pusing kanan, pun tak boleh nak lena. Ahh sudah aku cakap dalam hati.

Macam mana pula aku nak tidur ini. Itu tak kena, ini tak kena. Yang akak cantik sebelah tu dah ternganga dah tidur aku tengok, plus pakej siap dengkur lagi. Haha. Adoi, aku pun naik tergelak tengok dia tidur. Nasib baik cantik. Hihihi.

Kalau dah mengantuk, memang tidur juga

Lepas itu aku dapat satu cara. Aku duduk bersila macam duduk atas lantai. Aku tarik selimut yang ustaz bagi. Aku selubungkan satu badan aku. Aku duk diam-diam dalam kain tu. Kepala aku sandarkan kat tingkap bas. Dalam tak sampai 5 minit aku rasa aku dah hanyut dalam lena dah. Haha.

Akhirnya aku berjaya juga tidur. Baru puas hati aku. Bukan main payah daripada tadi aku nak tidur tapi tak boleh. Kalau tak tidur memang takleh nak buat apa. Nak tengok pemandangan pun tak boleh. Gelap je sepanjang jalan.

Duk tak duk tiba-tiba aku terjaga. Aku rasa badan aku sakit sengal-sengal. Ni mesti sebab aku tidur sandar kat cermin tu kot. Tidur menyenget. Tu yang jadi sakit badan itu. Aku perasan bas dah berhenti. Aku cakap tak apa lah.

Lagipun dah sampai. Lepas ini balik tidur kat rumah elok-elok. Tapi aku rasa lain. Ni macam bukan kat Puduraya je ini. La… Rupa-rupanya aku baru kat RnR Tapah. Ceh! Aku tanya pakcik bawa bas itu. Jauh lagi ke cik nak sampai KL? Pakcik tu kata ada lah dalam 3 jam lagi.

Simpan pengalaman jadi kenangan

Anookk.. Lambat lagi nak sampai rupanya. Aduyai. Terpaksa lah aku ngadap lagi 3 jam tu dalam bas sambil tengok pemandangan gelap yang tak nampak pape tu. Akak sebelah still maintain tidur berdengkur lagi. Layan je lah dengar bunyi dia tu. Haha. Lepas tu aku dah nekad dalam hati dah.

Kalau macam ini baik aku balik siang je. Sekurang-kurangnya nampak juga view masa bas lalu kat highway. Baru lah boleh acah-acah macam dalam filem Harry Potter nak pergi Hogwarts tu kan. Susah juga rupanya nak tidur dalam bas ya.

Apa-apa pun pengalaman tu memang mahal tak boleh beli kat mana-mana. Kalau memang jenis dah biasa naik bas malam tu, aku memang sarankan lebih baik naik bas malam. Bukan apa, waktu malam kalau kita ada dalam bas, memang tenang. Cuaca pun tak panas.

Kena pula memang boleh tidur sambil duduk, lagi lah takde masalah. Kalau perjalanan jauh tu, tau-tau dah sampai je destinasi yang kita nak tuju tu kan. Apa-apa pun, kena standby earphone kat sebelah. Takut jumpa partner bas jenis tidur dengkur je. Hehehe.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge