Pengalaman tidur katil asrama

Ada-banyak-bilik-bilik

Aku sekolah menengah dulu duduk asrama. Masa tu tahun 2003 seingat aku lah. Sebelum ini aku tak pernah tinggal berjauhan dengan mak ayah aku. Biasa lah anak sulung lelaki seorang je. Memang tak pernah rasa kena tinggal. Paling-paling pun pergi kem 3 hari 2 malam je masa sekolah rendah.

Nak tak nak terpaksalah kena pergi duduk asrama. Sebabkan mak ayah aku taknak aku terpengaruh dengan kawan-kawan aku kat kl ni. Aku ini suka sangat merayau walaupun baru sekolah rendah dulu. Selamba je pergi lepak kat kl naik bas seorang-seorang. Selalu mak aku risau bila aku keluar.

Suasana tak sama dengan tempat sendiri

Masa first time sampai kat asrama, aku memang kekok gila lah. Tak tau nak borak dengan siapa. Aku langsung tak kenal dengan semua orang. Dah lah bahasa yang dorang gunakan kat sini tak sama macam kat kl. Bahasa loghat utara. Susah aku nak faham apa yang dorang cakap.

Aku ikut je apa yang dorang bagitau walaupun tak faham. Masa dorang tunjukkan bilik aku yang mana satu, aku terus terbayang katil kat rumah aku. Aduyai, macam mana aku nak tidur kat sini. Dorang guna pangkin je tidur, bukannya katil betul. Pangkin ni kira macam papan je lepastu alas dengan toto.

Selalu suka merungut

Hari pertama aku tidur tu memang sakit gila badan aku. Yelah, sebelum ini kat rumah memang tidur atas tilam je. Tak pernah lagi kena tidur atas papan macam ini. Aku keluar daripada comfort zone aku dan belajar cara hidup orang lain. Baru tau betapa nikmatnya perasaan bila ada kat rumah sendiri.

Dulu kalau kat rumah, aku selalu merungut. Kalau aircond rumah rosak, aku merungut guna kipas. Bila mak aku beli cadar baru, aku merungut sebab cadar tu tak selesa. Waktu ini aku baru rasa betapa bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga yang dah sediakan semuanya untuk aku.

Syukur dengan rezeki yang diberi

Baru lah aku faham. Aku rasa menyesal bila aku ingat-ingat balik perangai aku. Syukur alhamdulillah, selang 3 bulan aku duduk kat asrama tu, pihak sekolah tukar semua pangkin dengan katil 2 tingkat. Sekolah yang aku belajar tu dapat dana daripada seorang dermawan yang sudi nak tambah baik fasilitis dan kemudahan sekolah.

Baru lah dapat rasa tidur atas tilam balik. Walaupun tak sama dengan tilam yang ada kat rumah, tapi kali ini aku belajar untuk menghargai apa saja rezeki yang aku dah dapat. Aku taknak dah pertikaikan apa yang Allah dah bagi. Sebab aku takut nanti semua yang aku dah ada sekarang kena tarik balik.

Kadang-kadang bila bersyukur kita lebih menghargai.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge