Perkahwinan merupakan ikatan suci dua insan yang telah berjanji bersumpah setia hingga ke hujung hayat mereka. Saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Walau sesukar mana keadaan yang datang menghimpit, namun makin kuat cinta yang telah terbina. Pasti akan berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada apa sahaja permasalahan.
Satu-persatu ditangani dengan penuh sabar dan tidak pernah sekali terniat mahu berputus asa. Apabila keadaan menjadi ceria semula, hubungan terasa begitu bahagia hingga merasakan dunia ini seakan-akan di isi berdua bersama pasangan sahaja. Begitu indah dan mempesonakan hingga terbuai ke dalam kenikmatan syurga dunia.
HADIRNYA ZURIAT SEBAGAI PELENGKAP CINTA
Saat hadirnya cahaya mata ke alam dunia, maka pada ketika itu jualah hidup terasa begitu lengkap dan berseri-seri. Zuriat merupakan penyambung kepada legasi yang sedang dibina ketika ini. Sedaya upaya dan sehabis baik pasti akan dilakukan oleh setiap ibu bapa dalam memberikan cinta dan kasih sayang terhadap mereka.
Apa sahaja yang telah dipertanggugjawabkan dalam usaha membesarkan mereka dengan sempurna, pasti sedaya upaya mahu memberikan keperluan yang paling lengkap dan terbaik. Tiada satu pun ibu bapa di dunia yang mahu melihat anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana yang tidak harmoni dan serba kekurangan.
SENTIASA MAHUKAN YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK
Namun sebagai seorang anak seharusnya sedar bahawa ibu bapa juga kadang melalui saat dimana keterbatasan kewangan membuatkan mereka terpaksa memendamkan hasrat tatkala hati begitu berat mahu mengakuinya. Sedaya upaya kepayahan dan kegetiran hidup pasti disembunyikan jauh-jauh tanpa pengetahuan anak takut-takut mereka mula terhidu.
Ini merupakan pengorbanan yang paling mulia mereka demi memastikan anak-anak diberikan keutamaan nombor satu melebihi perkara yang lain. Beruntungnya seorang anak itu apabila segala kehendak dan kemahuan mereka sentiasa dituruti walaupun kadang terasa begitu berat untuk ditunaikan, namun disebabkan kasih dan cinta mereka turuti sahaja.
JASA MEREKA TAKKAN TERBALAS SAMPAI BILA-BILA
Ucapkanlah terima kasih kepada mereka kerana selama ini telah banyak berkorban darah, keringat dan air mata tanpa sedikitpun meminta agar ianya dibalas. Cukup sekadar menjaga nama baik keluarga, itu sudah memadai bagi mereka. Walau dimana sekalipun berada, mereka selalu mendoakan kesejahteraan dan keamanan kita.
Disaat tubuh semakin lanjut dimamah usia, dengan masa yang masih berbaki, berbaktilah dengan seluruh jiwa dan raga kepada mereka. Jasa dan pengorbanan melahir dan membesarkan pasti tidak akan terbalas walau kadang rasa telah memberikan segalanya. Tanggungjawab membahagiakan mereka sentiasa menjadi keutamaan hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah sentiasa melindungi kedua ibu bapa kita. Amin ya rabbal aalamin.
Artikel menarik untuk anda:
BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG
Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »
HENTIKAN SEGALA PENDERITAAN
Cinta, kasih dan sayang adalah perasaan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat seluruh hambaNya yang berada di atas muka bumi. Apabila semua…... Baca selanjutnya »
HADIAH BUAT CIKGU
Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT
Entahlah. Kadang tu kita dah nampak sebenarnya apa yang boleh dicapai. Jalan tu memang dah terang lagi bersuluh lah orang kata. Boleh…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions