Seharian mencari baju untuk dipakai pada majlis yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Dari pagi hingga ke malam habis pusing satu Kuala Lumpur bertapa dalam kereta pergi satu kedai ke satu kedai. Di mana sahaja yang ada menjual pakaian yang kami cari, tentu kami berhenti.
Baju yang hendak dipakai tu ramai sahaja kedai di pasar raya yang menjualnya tapi dengan harga yang mencecah beratus-ratus ringgit, bajet kewangan pula kurang mencukupi, jadi aku pun memilih untuk mencari di kedai pakaian terpakai atau biasa orang panggil ‘bundle’ sahaja.
KENA PANDAI PILIH
Bila pergi bundle ni memang kita boleh dapat pakaian dengan harga yang murah, tapi kesabaran untuk mencari yang mana sesuai untuk dipakai tu akan teruji juga lah. Sebabnya, ada beribu-ribu helai pakaian yang berada didalam satu-satu kedai tapi belum tentu semuanya boleh sesuai dipadankan dengan badan kita.
Masa ini lah, kita kena pandai memilih yang terbaik dalam longgokkan dan gantungan baju yang sudah bercampur-campur tu. Jika bernasib baik, maka baju yang dicari tu sekejap sahaja dah jumpa. Jika tidak, memang sampai ke malam lah kena pusing satu bandar.
SABAR DAN CARI SATU PERSATU
Hari ini aku dikira kurang bernasib baik sebab sudah berapa kedai yang aku pergi, satupun tiada yang sesuai untuk dipakai. Dari hulu langat hinggalah ke ampang, kemudian ke chowkit, lari ke setapak, turun ke setiawangsa hinggalah akhir sekali berpatah balik ke ampang semula.
Betul-betul menguji kesabaran dan keimanan bila mencari pakaian yang sesuai ini tapi bila dah jumpa yang berkenan di hati, barulah diri akan terasa lega dan puas. Segala penat lelah seharian yang dikerah terbalas juga akhirnya. Aku beli sehelai blazer berharga 35 ringgit, kemeja berharga 5 ringgit dan seluar berharga 5 ringgit juga.
PILIH-PILIH
Berbaloi bukan, aku habiskan sebanyak 45 ringgit sahaja untuk sehelai suit yang lengkap. Pernah tanya sehelai blazer yang sudah siap atau pun ‘ready made’ini berapa harganya? Tak kurang daripada 200 ringgit tak termasuk seluar dan baju. Fuh, memang keras harga kalau nak beli yang baru.
Bagi pendapat aku, ada duit lebih dan berkemampuan tak salah beli yang baru. Sudah pasti akan berpuas hati dengan potongan pakaian yang lebih mengikut bentuk badan dan kemas kerana beli bundle ini kadang kala kita perlu ubah suai semula atau ‘alter’ balik sebab saiz pakaian bundle ini kebanyakannya mengikut ukuran badan orang di luar negara.
KIRA-KIRA
Apa yang paling penting ukur baju di badan sendiri. Buat kira-kira bajet yang diperlukan jangan sampai berhutang untuk membeli sepasang baju. Jika memang berkemampuan, beli satu yang baru dan bila sudah pakai, simpan balik di dalam almari baik-baik supaya tak perlu beli lagi di kemudian hari.
Jika dalam dompet cukup-cukup pakai sahaja, boleh cuba cari di bundle baju mana yang sesuai untuk di pakai. Apa yang paling penting, beli pakaian yang betul-betul mengikut tema, hormati tetamu lain yang datang dengan pakaian lengkap dan bergembiralah di majlis yang bakal berlangsung nanti. Semoga bermanfaat.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS MEMILIH PAKAIAN TERPAKAI (BUNDLE)
“Alamak, esok pagi ada meeting lah. Baju kemeja putih time ni pulak boleh hilang. Sekarang dah pukul 10 malam. Mana nak…... Baca selanjutnya »
TIPS BELI KERETA
Pasti seronok bila dapat beli kereta baru. Bau kereta baru memang boleh buat orang mengigau. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali nak…... Baca selanjutnya »
SIAPALAH IBU
Petang tadi aku tersesat di kawasan perumahan kos rendah di Bandar Baru Bangi. Aku menegur seorang makcik bertanyakan jalan untuk menghala ke…... Baca selanjutnya »
BABAH TAHU ABANG SUKA
Aku belek satu persatu barang-barang yang ada di dalam kedai permainan itu. Semuanya sangat cantik, canggih dan tentunya model terbaru yang sedang…... Baca selanjutnya »
OKAYLAH AKU MOVE ON
Aku nikmati aiskrim sundaae coklat dengan penuh nikmat sekali. Lama dah tak pekena aiskrim ni. Sejak aku berpisah dengan teman wanita ku…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions