Pentingnya bina hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan

penuhi-kehendak-pelanggan

Tadi masa aku jumpa partner dalam business yang aku usahakan sekarang ini, aku tanya susah ke nak buat jualan. Dia bagitau aku dia kata susah. Susah kat mana aku tanya balik?

Susahnya sebab dah tegur 6 orang tapi belum ada yang berjaya closed sale lagi. Aku tanya dia macam mana cara approach yang awak buat? Dia kata terus hantar gambar promosi dekat customer lah.

penuhi setiap keinginan pelanggan

Seni mengurat pelanggan

Aku senyum sendiri. Lepas tu aku terangkan ke dia, kita ini kan nak meniaga dengan manusia, so tackle lah hati bakal customer kita itu dulu. Berkenalan lah dulu dengan dia. Macam nak ngorat awek.

Mana boleh terus ajak nikah je kan? Kita kena lah tanya dia tinggal kat mana, asal orang mana, layan dia macam orang. Bukan macam robot main hentam je gambar promosi apa semua bagai.

sentiasa faham dengan keinginan pelanggan

Jadi tak best di mata pandangan pelanggan

Aku sendiri awal-awal dulu pun buat. Sampai satu masa itu aku perasan ada beberapa orang yang dah blocked aku daripada aplikasi Whatsapp. Aku cakap dalam hati, mesti ada something wrong aku dah buat.

Bila check balik patutlah. Memang orang takkan suka kita bila kita duk hantar gambar promosi macam itu je. Dari mana datangnya bina hubungan itu. Silap-silap entah apa yang customer cop pasal kita.

selesaikan masalah pelanggan

Buat baik dengan semua orang

So bila cikgu business aku tegur haritu, terus aku perasan. Betullah beliau bagitau, kita mesti kena bina hubungan baik dulu dengan semua orang. Nak sale nak income ke itu jatuh nombor dia.

Bila kita jaga part layan manusia baik-baik ini, insha ALLAH akan ada orang yang baik-baik datang ke kita. Takde lah pening duk layan orang yang entah macam-macam karenah sampaikan kepala sakit duk layan perangai orang.

mudahkan orang lain

Jual produk yang selesaikan masalah customer

Paling penting sekali bila kita nak meniaga ini, niat kenalah betul. Ingat balik kita meniaga ini sebab apa? Adakah sebab kita nak dapatkan keuntungan untuk diri kita seorang je ke?

Ataupun kita nak tolong pelanggan selesaikan masalah yang dia tengah hadap dengan jual barangan yang boleh solve kan problem dia. Barulah sama-sama untung dunia akhirat. Insha ALLAH,

amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge