Bila kita selalu dengar tentang pentingnya berkawan dengan orang yang baik-baik, mesti kita akan rasa hal ini macam satu perkara yang klise. Yelah, mana ada yang nak berkawan dengan orang yang tak baik.
Apa yang aku nak kongsikan kali ini, perkara ini sebenarnya tak mudah nak dipraktikkan. Kita sebagai manusia normal ini biasanya akan pilih untuk nak berkawan dengan orang yang kita rasa selesa. Baik atau tidak tolak tepi.
Kena pandai pilih kawan
Kalau kita jenis orang yang memang suka mencari perkara kebaikan makan kita akan mudah untuk mendekati orang yang suka berpesan-pesan dan menasihati antara satu sama lain. Ini tak boleh dinafikan.
Tapi andai kata kita ini jenis yang sukakan kebebasan dan tak suka di kongkong so kita akan jadi seorang yang sangat terbuka dan mudah untuk terdedah dengan persekitaran yang sukakan keseronokan sebagai gaya hidup. Ini bahaya.
Kawan mempengaruhi cara kita berfikir
Bila kita tak jaga ‘circle’ ataupun kita tak jaga dengan siapa kita berkawan, lama kelamaan kita akan jadi seorang yang sangat senang terpesong disebabkan lebih menuruti kehendak hawa nafsu yang bergelora.
Kesannya nanti dah tentulah kita akan menjadi seorang yang keras kepala, sukar ditegur dan lebih teruk kita akan jadi seorang yang rendah nilai moral dan hanyut dalam kehidupan hedonisme.
Bukan mudah untuk perbaiki kesilapan
Sekali kita dah terjebak, memang susah untuk kita berpatah balik. Bila dah masuk dalam ‘dunia’ yang jauh daripada adab dan akhlak yang sepatutnya kita amalkan sebagai seorang Islam, kita akan jauh daripada jalan kebenaran..
Kehidupan akan jadi kacau bilau. Rezeki rasa seperti tersekat. Apa yang lebih menyedihkan kita akan sentiasa bergelumang dengan perkara maksiat dan tersasar daripada rahmat Allah SWT.
Peluang untuk yang mahu berubah
Pintu taubat sentiasa terbuka. Mulakanlah dengan menjaga solat 5 waktu. Kemudian hadirkan lah diri ke masjid dan bergaul dengan komuniti yang terdekat dengan tempat tinggal.
Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Janganlah sekali-kali merasakan hidup didunia ini seakan tidak adil. Allah SWT sentiasa menerima taubat hambaNya walau dosa sebanyak buih di lautan.
Rahmat Tuhan yang mana lagi mahu kita dustakan?
Artikel menarik untuk anda:
Kenapa kena berkawan dengan si penjual minyak wangi
Masa kecil-kecil dulu ustaz kat sekolah selalu ceritakan tentang hadis Rasulullah SAW. Ada banyak, tapi ada satu yang aku ingat sampai sekarang…... Baca selanjutnya »
Iktibar daripada kejadian yang berlaku dalam hidup
Fuh, hari ni topik perbincangan antara aku dengan cikgu dan seorang sahabat baik aku agak mendalam. Sampaikan aku tak tahu nak ulas…... Baca selanjutnya »
Kalau bukan kita yang jaga kebajikan anak, siapa lagi
Anak-anak ini perlu diberi perhatian yang baik. Mereka ini mudah terdedah dengan bahaya yang kadang kita tak perasan. Sebagai ibu bapa, wajib…... Baca selanjutnya »
Dipuji kerana pandai memilih bauan minyak wangi yang baik
Dulu masa sekolah aku ini salah seorang yang suka guna minyak wangi. Mungkin dah jadi kebiasaan sebelum solat aku akan gunakan pewangi…... Baca selanjutnya »
Kenapa pentingnya kereta berbau wangi?
Aku tak nafikan ramai orang yang kadang-kadang tu ambil mudah tentang penjagaan kereta. Aku pun tak terkecuali juga. Mungkin disebabkan masa-masa tertentu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions