Pentingnya jaga pendirian yang kita pegang selama ni

black-black-white-bone-time-wallpaper-preview

Hari ni aku terkesan betul dengan khutbah Jumaat yang aku dengar tadi. Alhamdulillah hari ni dapat peluang untuk berjemaah selepas dah berapa bulan tak pergi masjid sebabkan pkp.

So macam biasa bila dah sampai lambat ni, kena lah duduk belakang sekali. Nasib baik sempat duduk bawah kanopi, kalau tak lagi belakang, dah takde kanopi. Cuaca pun petang tadi boleh tahan panas giler.

So sesambil aku dengar khutbah tu, ada satu part yang aku dengar, terus menusuk sampai ke hati aku. Aku dah tak berapa ingat ayat yang khatib baca, tapi pemahaman aku lebih kurang macam ni lah.

Manusia yang baik kena ada pendirian yang tetap. Kita tak boleh terikut-ikut dengan orang. Kita tak boleh berubah ikut benda yang tak baik, tapi kita lah yang kena ubah benda yang tak baik tu supaya jadi baik.

Aku relate kan dalam bisnes yang aku dah buat selama 12 tahun ni. Ada ramai orang yang mula start berniaga, dia ikut cara berniaga yang betul, yang baik. Tapi bila dah mula gelap mata dan terlampau kejarkan keuntungan, pendirian yang dia pegang selama ni terus berubah.

Sebelum ni tak pernah tipu customer, sekarang dah pandai putar belit. Berjanji itu ini dengan customer, tapi end up bila dah dapat sales hilang tak pedulikan customer. Nak cukupkan target jualan, sampai sanggup aniaya bagi maklumat yang salah supaya customer cepat beli.

Lagi bahaya, budaya tu dah jadi biasa. Maksudnya semua orang pun buat. Yang penting masyuk, dapat banyak duit. So bila nampak benda ni berlaku dalam bisnes tengah duk buat, first sekali kita jangan buat. Kedua kita bertanggungjawab untuk betulkan balik apa yang tengah jadi.

Macam tu lah yang aku faham. Aku sentiasa jaga bebenda macam ni. Andai kata terlepas pernah buat sebelum ni, kalau ada customer ada rasa teraniaya dengan aku dan baca artikel ni, aku minta maaf. Semua benda berlaku tanpa aku sengaja.

Pm aku, insha ALLAH aku pulangkan balik mana hak korang. Tak kisah walaupun customer lama kat chowkit dulu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge