Pentingnya konsistensi dalam usahakan sesuatu

bersama-miss-lana

Syukur alhamdulillah. Hari ini aku ditemu ramah oleh salah seorang editor bernama Miss Lana dari Britishpedia Media Group. Aku sangat teruja, mungkin disebabkan ini pengalaman pertama kali.

Aku telah dipilih untuk disenaraikan di dalam ensiklopedia mereka iaitu Successful People in Malaysia untuk siri yang ketiga. Sebaris dengan nama-nama besar dan berpengaruh yang sudah bertapak lama dalam dunia perniagaan.

bersama dengan editor Miss Lana dari Britishpedia Media Group

Bila perhubungan telah terbina

ALLAHU memang tak terkata apa. Aku panjatkan setinggi-tinggi syukur alhamdulillah atas keizinan dari Yang Maha Esa untuk aku rasa sendiri bagaimana pengalaman penuh bermakna ini.

Sempat aku tanyakan dari mana boleh tahu tentang profile aku? Kemudian mereka jelaskan sebenarnya ada beberapa kriteria yang mereka pilih sebelum datang dan menemu bual seseorang itu.

bila ALLAH izinkan, tiada apa yang mustahil

Ada yang suka, pasti ada yang tidak suka

Aku dipilih selepas mereka melihat kejayaan demi kejayaan yang aku postkan di dalam media sosial linked ini dan sudah tentu mereka ada juga melawat ke dalam website aku ini. Aku teruja sampaikan tak boleh nak berkata apa.

Yelah, aku rasakan penulisan aku dalam ini biasa saja. Ada ramai yang tidak suka tapi ada ramai juga yang suka. Jadi aku sentiasa fokus pada mereka yang suka dan ternanti-nanti artikel baru setiap hari.

percaya satu hari nanti pasti akan berhasil

Asas dalam melakukan sesuatu perkara

Ya betul, konsisten adalah perkara yang sangat penting. Bila kita usahakan sesuatu, kita mesti kena yakin dan percaya dengan apa yang kita buat. Walaupun masih belum ada hasil tapi lama-lama mesti akan membentuk sesuatu.

Air yang turun setitis atas batu setiap hari pun, andai konsisten jatuhannya pasti akan meninggalkan kesan lekuk pada batu tersebut. Mungkin masa itu kita semua pun dah takde atas muka bumi.

Tapi pasti hasil titisan yang kita usahakan sekarang ini lah yang akan meninggalkan kesan lekuk yang mendalam di hati buat keturunan anak cucu cicit kita yang satu hari akan ikut jejak langkah berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Insha ALLAH amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge