Bila kita dapat duit, tak kisah lah banyak ke sikit, kita kena pandai uruskan duit-duit yang kita dah dapat. Nampak macam benda ini benda remeh tapi daripada pengalaman aku sendiri, sebab aku dah pernah lalui fasa susah dan fasa yang agak settle down sikit orang kata.
Tapi takdelah settle down sangat pun. Sebab setiap kali kita dapat duit ini, sebenarnya dalam kita tak sedar ALLAH SWT tengah nak uji kita. Sejauh mana kita boleh uruskan hal-hal yang melibatkan duit ini. Ada orang dapat sikit habis, ada orang dapat banyak pun habis.
Yang paling pedih tu bila duit yang kita guna tak tahu habis kat mana. Sedangkan kalau nak diikutkan duit yang kita dapat tu lagi banyak daripada duit yang kita dapat sebelum-sebelum ini. Terutama dengan orang yang berniaga lah. Sebab orang niaga ini pendapatan dia tak sama tiap bulan.
Ada time kita tengah sedap duit banyak kita pun apa lagi bedal lah habiskan semua duit yang ada. Beli itu beli ini, makan mewah-mewah. Bukan kata seminggu sekali, kadang hari-hari makan luar. Sampai tak beringat langsung. Sedap je keluar duit macam takde rasa nak bersalah nak habiskan. Ikut je kemahuan tekak.
Bila time niaga tengah slow, ambik kau. Time tu mula lah menggelupur duit dah habis. Komitmen semua terpaksa kena hold dulu sebab tak cukup nak bayar. Fuh memang pening kepala kalau kena macam ini. Sebab effect dia tu bukannya kita akan rasa time tu je. Tapi sampai berbulan-bulan lamanya. Kadang sampai bertahun nak cover balik.
Terpaksalah gadai sana, gadai sini. Mintak pinjam duit dengan orang. Jual barang yang dah pernah beli sebelum ini. Pedihnya kalau kena macam ini. Tapi nak tak nak kena hadap lah situasi ini kut mana pun. Sebab kita sendiri yang pilih macam mana kita nak uruskan duit kita. Takde orang yang halang. Nak tak nak tanggung lah sendiri.
So, zaman sekarang ini tak salah sebenarnya kalau kita nak berbelanja. Takde hal, tapi yang penting kita kena tahu lah macam mana nak cover balik. Aku ada ramai kawan-kawan yang memang hobi dia suka habiskan duit beli barang-barang yang dia teringin nak sangat. Tapi dia pandai cari duit untuk cover semua kemahuan dia itu.
Ada banyak peluang yang kita boleh dapat kalau kita cuba buka mata dan explore. Ada banyak bisnes yang kita boleh buat secara sampingan ataupun nak jadikan karier tetap dan ubah kerjaya kita daripada sebelum ini makan gaji dan jadi usahawan yang berjaya bukan saja untuk dapatkan income yang lebih baik.
Tapi dalam masa boleh bantu orang lain pula dapatkan income yang lebih baik daripada sebelum ini.
Artikel menarik untuk anda:
Bersyukur dengan apa sahaja pemberian yang telah diberi
Rezeki ini takkan pernah cukup selagi kita tak bersyukur. Itu dah memang sifat manusia. Susah betul nak rasa puas hati dengan apa…... Baca selanjutnya »
Pentingnya jaga ‘circle’ yang baik
Bila kita selalu dengar tentang pentingnya berkawan dengan orang yang baik-baik, mesti kita akan rasa hal ini macam satu perkara yang klise….... Baca selanjutnya »
Pentingnya menjaga hubungan dengan semua orang
Bila aku mula decide untuk growth kan team jualan dalam usaha untuk bantu ubah kehidupan ramai orang, banyak masa yang aku habiskan…... Baca selanjutnya »
Sampaikan ilmu dengan baik dan yakin
aku belajar satu benda dalam dunia bisnes ini, kita bukan berniaga semata-mata untuk dapatkan keuntungan kita sahaja. tapi dalam masa yang sama…... Baca selanjutnya »
Pentingnya bina hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan
Tadi masa aku jumpa partner dalam business yang aku usahakan sekarang ini, aku tanya susah ke nak buat jualan. Dia bagitau aku…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions