Bila aku mula decide untuk growth kan team jualan dalam usaha untuk bantu ubah kehidupan ramai orang, banyak masa yang aku habiskan untuk berjumpa dan beramah-mesra dengan mereka.
Daripada Semenyih ke Bangi, aku ke bukit jalil sampai ke keramat merata lah aku pergi untuk terangkan tentang perniagaan yang aku usahakan ini dan macam mana aku boleh bantu tambah baik income dan pendapatan.
Realiti dan sandiwara dunia
Daripada situ aku belajar bagaimana aku nak sesuaikan diri dengan berhadapan dengan bermacam-macam perangai dan perwatakan orang. Jangan terkejut kalau aku bagitau ada 1001 kisah yang selama ini mungkin tak pernah dengar.
Aku faham sekarang rupanya kadang ada perkara yang berlaku dalam filem yang kita tonton selalu itu sebenarnya realiti kehidupan yang memang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Betul, memang betul-betul terjadi.
Bermacam kisah kehidupan
Ada yang terpaksa pinjam along untuk teruskan hidup, ada yang dah bekerja dalam sektor kerajaan tapi takde apa-apa perubahan dalam hidup, ada pasangan yang tidak bekerja dan mengharapkan duit pasangan yang seorang lagi semata-mata.
Sampaikan ada situasi benar terpaksa menyara keluarga dengan hasil niaga yang tidak seberapa. Hari ini berniaga untuk hari ini, esok meniaga untuk esok. Satu hari tak berniaga terus duit short.
Pengalaman melalui situasi sendiri
Aku yang mendengarkan kisah ini jadi sayu dan ada part yang aku tak terkata apa. Aku dapat rasakan betapa besarnya tanggung jawab yang aku kena pikul untuk bantu dorang dapat kehidupan yang lebih baik.
Ada sesetengah kisah itu memang dekat sangat dengan diri disebabkan aku juga dulu pernah berada dalam situasi yang sulit dan terdesak. Kadang terpaksa menangis sendiri sebabkan terlampau tak tahan dengan ujian yang datang.
Sentiasa ada peluang untuk mereka yang mahu berusaha
Rezeki yang ALLAH SWT izinkan untuk aku sekarang ini memang buatkan aku syukur sangat. Dalam masa sama buatkan aku takut andai kata satu hari aku hanyut dan alpa dengan kurniaan dan pemberian.
Aku doa semoga ALLAH SWT permudahkan urusan aku dalam usaha aku nak bantu lebih ramai lagi orang yang berjaya capai apa saja impian yang mereka mahu. Ianya tidak mudah, tapi percayalah. Takde apa yang mustahil bila kita dah boleh bayangkan apa yang kita nak.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua
Cuma tinggal sedikit tindakan dan usaha saja, sampai masa mesti ALLAH SWT izinkan nak bagi. Semoga dilembutkan hati dan mudah untuk setiap ejen jualan di bawah tanggungjawab aku dalam menguruskan perniagaan ini bersama.
Aku jemput sesiapa saja yang nak bersama-sama dengan kami berniaga, boleh terus isi form ini dan aku akan bantu untuk tambah baik income setiap bulan dan target besar kita, untuk dapatkan pendapatan yang lebih lumayan.
Insha ALLAH dengan izin Yang Maha Kuasa.
Artikel menarik untuk anda:
Pentingnya bina hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan
Tadi masa aku jumpa partner dalam business yang aku usahakan sekarang ini, aku tanya susah ke nak buat jualan. Dia bagitau aku…... Baca selanjutnya »
HUBUNGAN SEDARAH SEDAGING
Air dicincang tidak akan putus. Itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan bagi setiap perhubungan antara sesama adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang harmoni…... Baca selanjutnya »
Jangan mudah tertipu dengan kejayaan orang lain
Setiap hari, akan ada kisah-kisah kejayaan yang kita dengar. Secara tak sedar, kita pun jadi bertambah semangat untuk capai impian yang kita…... Baca selanjutnya »
Pentingnya jaga ‘circle’ yang baik
Bila kita selalu dengar tentang pentingnya berkawan dengan orang yang baik-baik, mesti kita akan rasa hal ini macam satu perkara yang klise….... Baca selanjutnya »
Pentingnya konsistensi dalam usahakan sesuatu
Syukur alhamdulillah. Hari ini aku ditemu ramah oleh salah seorang editor bernama Miss Lana dari Britishpedia Media Group. Aku sangat teruja, mungkin…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions