Pentingnya personal touch dengan orang yang bermasalah

care-cars-elegant-fashion

Hari ni aku jumpa dengan seorang ejen jualan bawah tanggungjawab aku. Dia ni kawan baik aku. Tapi aku tak tau kenapa result jualan dia makin down. Aku pun tak habis fikir. Bila aku call tanya dia kata kerja buat je macam biasa tapi tetap tak boleh nak produce sale.

Aku ajak jumpa banyak kali dia mengelak. Ada hal ni lah. Ada hal itu lah. Entah apa yang tak kena dengan dia pun aku tak tahu. Sampai lah satu time tu aku dah tak boleh tahan tengok sebab nampak posting dia kat facebook pun dah lain macam. Aku pun trick lah dia nak jumpa ada hal sikit nak cakap.

Bila aku dah sit down dengan dia, aku pun tanya dia kenapa? Ada apa-apa masalah ke sekarang ni? Lepas tu dia cakap takde. Aku tanya balik, kalau takde apa-apa masalah kenapa dah berapa hari takde sales? Tak takut ke nanti kalau takde income? Macam mana nak bayar komitmen?

Lepas tu dia pun bagitau lah masalah-masalah dia tengah hadap sekarang. Tak boleh aku nak ceritakan kat sini takut mengaibkan dia dan takut dia malu bila baca artikel ni nanti. Bila dia dah explain baru lah aku faham kenapa dia tak boleh nak dapatkan sales dia.

Aku pun cakap lah dengan dia, lain kali kalau ada masalah jangan pendam seorang-seorang. Sebab nanti kita akan jadi down sebab terlampau fikirkan masalah tu. Sepatutnya bila ada masalah kita kena fikirkan macam mana nak selesaikan masalah tu bukannya dibiarkan je macam tu. Memang takkan selesai, makin bertambah besar masalah tu nanti.

Lepas dia dah ceritakan masalah tu, dan aku bagi idea macam mana dia nak settlekan semua, barulah nampak muka dia lega dapat luahkan tu. Aku pun lega dia dah jadi semangat balik. Rupanya nak kena jumpa depan-depan baru boleh tau apa punca dia. Kalau tak, sampai ke sudah tak tahu.

Sebab tu ada benda kita boleh settlekan melalui telefon, tapi ada certain part tu kita kena berjumpa juga, kena ada sentuhan emosi ataupun personal touch terus ke hati dia. Barulah dia akan rasa diri dia disayangi dan diambil berat selalu. Yelah, sebab kita berurusan dengan manusia bukan dengan robot.

Tak semua benda kita boleh copy paste je. Sebab manusia ni takkan sama, semuanya lain-lain. Kita kena sentiasa memahami setiap orang yang kita nak bantu selesaikan masalah dia tu dengan baik. Dengan harapan insha ALLAH, bila kita bantu orang, nanti bila kita bermasalah ALLAH SWT pula bantu kita.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge