Perasaan cinta pandang pertama

cantiknya-awak

Entah kenapa bayang-bayang muka awak selalu ada dalam fikiran saya. Dah lama saya tak rasa perasaan macam ini. Masa awal itu saya tak perasan pun awak ini ada dalam pejabat. Saya ingatkan awak macam staf-staf yang lain je.

Bila awak tegur saya haritu suruh saya masukkan kertas dalam mesin printer, terus saya rasa lain. Dua kali saya pandang awak, masa itu awak pun pandang saya pelik. Saya kata dalam hati ‘apa hal pula rasa lain’ tapi tak tahu lah awak pun perasan benda yang sama. Saya cuba buat tak layan mainan perasaan ini. Saya buat bodoh kan aje.

Tak lama lepas itu, saya rasa tak tenteram. Hati saya jadi macam ada something wrong yang tak kena. Walaupun saya ada banyak kerja yang nak kena siapkan, tapi saya sempat jeling-jeling meja awak kat sebelah kiri saya.

Masa itu kan awak, saya dapat rasakan macam ada satu lampu spotlight yang tengah tembak bahagian muka awak. Terang gila saya nampak muka awak duk tengah sibuk key in segala data-data yang company nak kat komputer. Lama juga kejadian itu berlaku kat saya.

Punca jadi bertegur

Nasib baik kawan saya kat sebelah tegur saya minta tolong printkan borang dia. Terus saya rasa macam balik ke alam realiti balik. Saya cuba kesat mulut dengan baju kemeja saya, nasib baik takde air liur yang meleleh. Haha.

Saya cakap dalam hati ‘kacau betul la kau mamat. aku baru je nampak bidadari kau tau tak’. Tapi takdelah saya pergi bagitau kawan saya tadi itu. Memang buat malu kat saya je nanti. Saya pun pergilah mesin printer tu lagi sekali dan tolong printkan borang si mamat banyak songeh ini.

Sampai kat mesin itu, kertas sangkut pula dah. Satu hal pula nak kena buka balik bahagian tepi printer yang besar gedabak itu. Saya mana lah reti nak buka benda itu, kang nanti jahanam mesin itu lagi lah saya kena bambu dengan big boss.

Rosakkan harta benda syarikat satu kesalahan besar dan boleh didenda potong gaji. Memang tak lah saya nak memandai pergi buka. Sekali rosak sebulan gaji saya kena potong belum tentu cukup untuk boss beli printer yang baru. Si mamat ini pulak entah ke mana dia pergi padahal borang dia yang orang nak beria buatkan, dia pulak hilang.

Kalau nak, kena berani. Mana boleh takut-takut

Keadaan kelam kabut dengan muka saya dah pucat lesi itu memang saya tak boleh nak bayangkan macam mana buruk bentuk dia. Haha. Tiba-tiba saya dapat rasa macam ada hembusan angin lalu kat belakang saya. Saya ingatkan siapa tadi, rupa-rupanya awak datang nak tolong saya.

Fuh, awak punya perfume itu memang saya takkan boleh lupa sampai bila-bila masa lalu kat sebelah. Saya rasa saya memang takkan lupa bau Estee Lauder Delight yang awak pakai. Saya memang tau pasal minyak wangi perempuan sebab dulu saya pernah part time jual minyak wangi kat Sogo. Hehe.

Saya perhatikan je awak betulkan printer itu. Senang gila awak buat macam takde apa dengan awak. Waktu awak tarik tu memang macam nak tercabut dah. Kuat ye awak ini? Awak memang atlet boxing ke dulu ek? Hehe. Saja saya gurau. Jangan lah marah pula ya.

Masa awak ikat rambut awak ke belakang, waduh masa itu lah saya rasa hati saya ini betul-betul cair. Nak tak nak macam mana pun saya mesti kena bertegur dengan awak juga hari ini. Kalau tak, lagi lah buat saya duduk tak senang macam cacing kepanasan. Selesai awak tolong saya terus awak pergi meja awak balik. Langsung tak toleh ke saya pula itu. Ceh.

Kalau bukan sekarang nanti peluang hilang

Jam dan nak petang dah. Time ni semua orang nak balik. Saya masih dok berkira-kira nak tegur awak ke tak ni. Saya kena berani, walau apa cara sekalipun saya mesti kena dapatkan nombor telefon awak hari ni juga. Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.

Hati ini macam berbelah bahagi lagi. Sekali nampak awak bangun nak balik, apa lagi, melompatlah saya daripada tempat duduk saya. Terus saya pergi kejar awak dan tahan awak dulu sementara sebelum awak balik. Bila saya mengadap je betul-betul depan, awak punya aura tu ya Tuhan memang lain macam la.

Habis meremang semua bulu roma saya. Terketar-ketar saya nak mulakan perbualan. Awak nampak terkejut mula-mula, lepas itu muka awak dah makin pelik. Lepas itu awak dah terketawa. Haha. Malunya saya. Tak tau macam mana saya nak sorok muka saya yang dah merah padam ini. Masa itu saya tanya nama, awak bagitau nama awak Yanah. Saya pun bagitau nama saya Saber.

Lagi lah awak ketawa. Awak cakap nama saya macam dalam cerita Star Wars. Saya pun tak pernah tengok cerita tu awak. Tapi lepas ini memang saya akan tengok cerita itu. Masa minta nombor telefon itu saya ingat awak tak nak bagi dan memang mula-mula awak tak bagi pun kan? Tapi sebab awak cakap saya ini cute, baru awak bagi. Lagi lah saya malu. Hihi.

Bertenang, jangan terburu-buru

Esok cuti sabtu ahad. Dah tentu saya tak dapat nak jumpa awak 2 hari ini. Nak tunggu hari isnin tu rasa lama betul tak macam sebelum-sebelum ini. Memang macam ini kalau kita tengah teringat kat seseorang. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah rasa macam awak ada kat sebelah saya je.

Nombor telefon awak memang dah ada dengan saya. Tapi terus terang cakap saya belum ada kekuatan nak telefon ataupun nak mesej awak. Saya biarkan je nombor telefon awak tu dekat bahagian dial screen, saya takut nanti kalau saya contact awak macam saya desperate sangat dan terlampau gelojoh pula nak berkenalan dengan awak. Hihi.

Sempat saya salin nombor awak dan paste kan dekat Instagram, saya dapat jumpa profil awak. Sorry tau awak tak sengaja ter’stalk’ pula awak kat Ig. Memang betul lah awak ini memang atlet karate. Patut la kuat semacam je saya tengok. Dah la awak tinggi mengalahkan galah. Eh, sorry tak sengaja. Terlepas cakap pula. Hehe.

Tapi memang awak tinggi pun kan. Jarang ada orang perempuan melayu tinggi sampai 1.8 meter ini. Dah macam sama tinggi dengan Nasha Aziz dah. Haih, cepat la hari Isnin balik. Saya dah tak sabar nak jumpa awak dekat pejabat balik. Harapnya bila kita jumpa lagi sekali boleh la kiranya saya nak belanja awak makan ya.

Macam ini ke rasanya cinta pandang pertama?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge