PERCUTIAN IDAMAN

Sinaran-mentari-swiss

Salah satu impian yang belum tercapai lagi adalah melancong ke luar negara. Aku teringin nak pergi ke negara yang ada musim salji. Yelah, masa kecil-kecil dulu selalu berangan jalan-jalan sambil pakai baju sejuk tebal-tebal. Terpengaruh dengan filem luar negara yang selalu menayangkan keindahan dan kecantikan negara yang sedang dilanda musim dingin.

Aku akan ulang tayang semula babak-babak menarik dan setiap kali itu juga akan termenung sendirian sambil bermonolog alangkah bahagianya jika diberi peluang ke sana. Aku tahu kos adalah masalah utama kerana perbelanjaan untuk ke luar negara bukanlah sikit-sikit kerana mata wang mereka tidak sama dengan negara kita.

RANCANG DENGAN BAIK

Kita mungkin dah sediakan wang yang kita rasa sudah banyak tapi bila ditukarkan kepada mata wang negara yang ingin dilawati, serta merta nilainya akan jadi berbeza. Mahu atau tidak, sebelum nak ke luar negara, kita mestilah ambil kira berapa kadar terbaru tukaran wang supaya mudah untuk menyusun bajet yang sesuai untuk dibawa kesana.

Bantuan daripada Google, kita boleh selidik dahulu berapa anggaran kos yang perlu dilaburkan untuk dibawa bercuti. Di internet juga ramai pengusaha laman blog yang sentiasa berkongsi pengalaman mereka dan bercerita tentang kelebihan mahupun kekurangan negara yang mahu dilawati. Ada yang lebih spesifik lagi sudi berkongsi perkara penting seperti lokasi kedai makan halal.

DITAJA PENUH

Syarikat tempat aku berniaga baru-baru ini mengumumkan trip insentif pada suku kedua tahun 2019 kami akan dibawa ke 3 buah negara yang sangat cantik. Negara-negara yang boleh lawati kali ini adalah Switzerland, Turkey ataupun Maldives. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku sangat terkejut dan hampir tidak menyangka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui bagaimana perasaan yang aku alami saat ini. Kebiasaannya percutian yang ditaja oleh syarikat ni akan ditanggung 100% dan tidak perlu keluarkan duit walau sesen pun untuk membiayai segala kos dan keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan tiket kapal terbang. Semuanya ditaja penuh oleh syarikat.

SEMOGA TERCAPAI

Sudah tentu ada kriteria yang telah ditetapkan jika mahu berjaya mendapatkan ganjaran percutian mewah lima bintang ini. Bayangkan percutian yang kalau mahu menggunakan wang sendiri anggaran yang harus dikeluarkan untuk ke negara tersebut adalah sebanyak lebih kurang RM 20 000 ringgit seorang. Itupun hanya secara backpackers dan sangat berjimat cermat.

Semoga Allah SWT izinkan aku menjadi salah seorang achiever yang berjaya meraih trip percutian mewah ini. Alhamdulillah aku telah dijadualkan bercuti oleh pihak syarikat pada awal bulan 8 ini atas pencapaian yang telah aku peroleh hasil daripada suku pertama tahun 2019. Mudah-mudahan nama aku juga antara yang tersenarai untuk ke trip mega pula. Amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge