jujur cakap, selama aku kahwin dengan isteri nak dekat 6 tahun, kami memang jarang menginap di hotel. seingat aku 3 kali je yang kami pernah menginap sesama. yang lain kalau ada pun pergi dengan family ramai-ramai. dulu situasi lain dengan aku niaga sekarang ini. banyak benda yang tak sama aku alami compare dengan dulu.
yelah dulu meniaga gaji hari-hari. nak kumpul duit seketul memang payah. lepastu susah nak cuti bila niaga. sebab kalau sehari je cuti duit niaga terus short. basically tak pergi bercuti sangat itu disebabkan income lah. ada duit cash banyak memang nak pergi memana takde masalah.
bila tengok orang lain bercuti tu rasa macam bestnya lahai. kita ini duduk menung je tengok dorang update kat facebook. ada juga kadang wife aku tanya kita takde gi memana ke bie. tapi bila aku diam, dia pun diam. aku boleh faham perasaan isteri aku masa itu. dia pun makan hati juga bila tengok kawan-kawan dia berjalan merata.
alhamdulillah sekarang ini lepas dah tukar bidang bisnes, sikit-sikit ALLAH SWT bagi peluang untuk aku rasa benda yang aku tak pernah rasa sebelum ini. salah satunya pergi bercuti dengan isteri ini lah. walaupun esok hari isnin, tapi aku still boleh pergi jalan walaupun ikutkan hari isnin kena masuk office. itu lah beza bila niaga ini.
kita sendiri yang tentukan masa kerja kita nak macam mana. lagi-lagi buat sales ini yang penting result je. ada result takde masalah. nak buat macam mana pun takpe. benda ini lah yang aku tak pernah rasa sebelum ini. asalkan selagi kita tak lari fokus, sales ini mesti akan datang sendiri. yang penting ada internet, telefon ada battery dan powerbank.
hari ini aku ajak isteri menginap kat Genting Highland. memang best menginap kat sini rupanya. sejuk macam pakai aircond tapi takde pun aircond dalam bilik. tadi pergi ambil barang kat kereta pun bercakap sampia keluar asap.haha bestnya. last menginap kat sini 13 tahun lepas. ini baru datang tidur balik. apa pun memang bersyukur dengan nikmat rezeki masa yang ALLAH SWT kurniakan.
alhamdulillah.
Artikel menarik untuk anda:
PERCUTIAN IDAMAN
Salah satu impian yang belum tercapai lagi adalah melancong ke luar negara. Aku teringin nak pergi ke negara yang ada musim salji….... Baca selanjutnya »
Pengalaman 12 tahun dalam bidang niaga
Ini aku saja lah nak bagitau. Kalau kau rasa berniaga ini susah, kau jangan risau. Pelik tak bila aku cakap macam ini?…... Baca selanjutnya »
Pengalaman muntah cirit birit sebab minum air bungkus
Aku pernah niaga nasi lemak kat bawah flat dengan isteri. Ingat lagi time tu kitorang baru kahwin. Orang kata nak baru nak…... Baca selanjutnya »
Support lah sikit bila kawan berniaga
Bila kita ada kawan-kawan yang berniaga, ringan-ringankan lah kaki pergi sokong dorang punya bisnes. Kalau bukan kita yang support kawan sendiri, siapa…... Baca selanjutnya »
Suasana bersama yang akan di ingati sampai bila-bila
Hari ini ada majlis makan-makan dengan pasukan. Kitorang selalu buat gathering macam ini sebab nak appreciate semua kawan-kawan yang berhempas pulas bekerja…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions