Perempuan guna minyak wangi lelaki, boleh ke?

guna-je-yang-mana-rasa-sesuai

Semalam aku ada baca satu fakta dalam artikel. Lepas itu aku jadi berfikir lama. Betul ke perempuan boleh pakai minyak wangi lelaki?

Bukan ke minyak wangi ini memang dibuat khas. Contohnya minyak wangi lelaki ada bau-bauan dia yang tersendiri. Minyak wangi perempuan pun sama.

Lelaki pun guna minyak wangi perempuan

Aku baca lagi perenggan dalam artikel itu. Sebenarnya memang ada orang perempuan yang keinginan dia suka pada bau minyak wangi lelaki. Tak semua, tapi memang ada.

Dan lagi aku terkejut bila baca, sebenarnya orang lelaki pun ada juga yang jenis suka pakai minyak wangi perempuan. Takde perkara yang pelik pun kalau ikutkan.

Minyak wangi dijual ikut jantina disebabkan cara pengiklanan

Kalau ikutkan artikel itu lagi, sebenarnya memang siapa-siapa pun boleh tentukan minyak wangi ini sesuai bagi perempuan atau minyak wangi tu sesuai untuk lelaki.

Kebanyakan minyak wangi sebenarnya dijual kepada lelaki dan perempuan disebabkan kehendak jenama dan syarikat itu sendiri masa dorang iklankan minyak wangi tersebut.

Citarasa manusia tak sama

Jadi lepas ini kalau ada perempuan yang beli minyak wangi lelaki, takdelah nak pelik sangat kan. Mungkin kecenderungan dia suka pada bau-bau yang kita lelaki rasa maskulin.

Bagi aku kalau nak beli, apa yang paling penting minyak wangi itu serasi dengan diri kita. Itupun dah memadai. Jangan lupa pergi kedai dan cuba dulu.

Kemudian esok baru decide sama ada nak beli ke tak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge