Perkara pertama aku buat bila dapat kereta Honda City 2020

IMG-20201114-WA0032

Haritu masa aku dapat kereta Honda City aku, first sekali yang aku buat aku isi minyak kereta dulu. Masa tu sa aku dah isi minyak RM20 dah dia kata tapi saja nak isi bagi penuh.

So aku pun keluar credit card isi lah minyak kereta ni. Masa tu aku isi sampai pam berhenti lebih kurang dalam 57 ringgit. So campur dengan sa aku dah isi 20 ringgit tu total dalam 77 ringgit lah full tank.

Ni anggaran aku isi, memang takkan tepat dengan yang korang isi nanti. Mungkin lebih lagi mungkin kurang. Lepas aku dah isi minyak kereta bagi penuh aku terus bawa pergi kedai tinted.

Alhamdulillah sa aku belanja tinted. Nama kedai tinted tu M Pro Auto Care, location dia kat taman maluri Cheras. Aku buat tinted yang harga pakej dia 800 ringgit.

Boleh tahan jugak harga nak buat tinted ni haha nasib baik sa belanja takyah bayar dah. Belah depan cermin aku buat dalam 50% tembus cahaya. Belah belakang 90% gelap.

Nampak kemas bila dah ada tinted gelap sikit, takdelah nampak macam akuarium. Lepas tu aku terus nak bawak pergi kedai basuh kereta. Nasib baik aku teringat yang orang kedai tinted bagitau tadi.

Dalam masa 2 hari tak boleh turunkan tingkap dan dalam masa seminggu tak boleh guna heater kereta tu. So aku pun tak jadi lah nak basuh, ingat lepas 2 hari tu lah baru aku gi basuh kereta.

Apa yang aku buat lepas dapat kereta lagi? Aku bagi papa aku test bawak lah. Ni benda yang aku memang teringin nak buat untuk papa aku. Sebelum ni papa kalau beli kereta semua jenis mpv.

Kalau tak mpv mesti van, ataupun lori. Yelah kan orang meniaga kan. Mana leh naik kereta sedan. Papa aku siap cakap lagi kita niaga ni kena beli kereta yang besar sikit.

Barulah senang nak bawak barang niaga. Sedangkan semua orang tau kalau nak bawa kereta hari-hari ni, kereta sedan lah sedap sebab dia rendah. Tak macam mpv tinggi.

So tercapai lah hajat aku nak bagi papa bawak kereta sedan. First sekali yang keluar daripada mulut papa dan buat aku tersenyum sorang-sorang bila papa puji handling kereta Honda City 2020 ni sedap betul.

Masa tu memang aku rasa puas sangat. Takde benda yang paling best melainkan dapat happy kan orang tua kita. Mama pun cakap duduk belakang kereta ni sedap betul. Seat dia memang selesa.

Seronok rasa bila dapat happykan ramai orang. Ini salah satu cara aku nak inspirasi kan kawan-kawan bisnes dalam team aku, takde benda yang mustahil boleh kita capai kalau kita usaha sungguh-sungguh.

Aku buktikan orang niaga nasi lemak bawah flat macam aku sebelum ni pun boleh dapat achieve apa je impian yang kita nak. Yang penting kita kena percaya diri kita sendiri yang kita boleh buat.

Dapat tak dapat tu belakang cerita, tu bukan kerja kita tu kerja Tuhan. Penting untuk kita perbaiki balik kesilapan, betulkan balik cara kerja dan besarkan impian supaya kita selalu push diri kita untuk rajin berniaga.

Insha ALLAH takde apa yang mustahil selagi kita betul-betul nak, mesti ada jalan. Biar orang yang tak yakin dengan kebolehan yang kita ada, tapi kita kena yakin yang kita boleh buat.

Jumpa next artikel, thank you geng support.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge