Tahun lepas saya ada bawa anak-anak pergi rumah salji. Tak jauh pun dekat je dengan tempat saya tinggal. Rumah salji ini terletak di i-City Shah Alam. Perjalanan dari rumah lama di Bukit Jalil lebih kurang dalam setengah jam sahaja.
Mulanya kami tak rancang pun nak kesana. Saya yang teringin nak jalan malam itu disebabkan penat bekerja seharian. Rasa macam tepu fikiran jadi saya decide nak ambil angin dengan keluarga. Sampai di sana saya pun tak plan nak masuk rumah sajli itu.
Pengalaman baru buat anak-anak
Cuma bila dah bawa anak-anak ini saya rasa macam nak cuba pengalaman baru bersama mereka pula. Actually saya dengan wife dah pernah pergi ke rumah sajli ini lebih kurang 8 tahun lepas tahun 2012 macam itu tapi masa itu masih bertunang lagi.
Jadi saya fikir tentu pengalaman kali ini bersama anak-anak berbeza pula. Mulanya isteri agak keberatan disebabkan idea asal cuma nak pusing-pusing saja. Saya yang beriya mahu bawa mereka masuk ke dalam rumah salji. Setelah berbincang isteri pun setuju.
Mereka sangat seronok dan teruja
Saya pun dah tak ingat berapa harga tiket. Tak silap lebih kurang dalam RM 150 macam itu lah kami 4 beranak. Lupa dah saya. Masa pilih jaket sejuk itu anak-anak dah mula teruja tapi mereka tak tahu kemana nak pergi sebenarnya. Saya bagitau abang nak masuk rumah sejuk tapi dia tak berapa faham.
Adik lagi lah tak tahu apa-apa lagi. Umur dia baru 2 tahun kan. Sampai depan pintu tu dah mula rasa sejuk dah. Bila kaki melangkah je masuk dalam rumah itu, memang tak semena-mena kesejukan itu terus menggigit ke tulang. Terlampau sejuk sangat.
Suasana sejuk yang terlampau
Abang seronok sangat bila dapat main salji dalam itu. Habis semua ais digumpalnya kemudian dia baling-baling ke arah kami. Seronok tengok mereka happy. Ada satu area itu kami boleh naik atas satu benda macam pelampung kemudian menggelongsor ke bawah.
Saya taknak naik sebab dah tak tahan sejuk, tapi abang beriya sangat nak main. Jadi saya biarkan dia saja yang naik pelampung itu. Laju je dia turun sebab permukaan ais dia memang sangat licin. Agak lama kami di bahagian itu. Kemudian kami tengok banyak replika yang diperbuat dari ais.
Ruangan besar seperti berada di luar negara
Ada yang berbentuk kereta, ada yang berbentuk rumah eskimo dan ada yang berbentuk haiwan. Kami semua tak lepaskan peluang bergambar dengan replika ais tersebut. Memang sangat cantik tapi tak boleh pegang lama-lama nanti melekat di tangan sebab sejuk sangat.
Setelah beberapa minit berjalan barulah kami sampai di ruangan terakhir di bahagian pintu keluar. Ruangan tersebut sangat luas dan ada gelongsor ais yang sangat besar. Anak-anak suka sangat main di gelongsor tersebut sampaikan habis jaket mereka basah.
Boleh keluar masuk ke lobi sesuka hati
Ruangan ini juga seolah-olah menghasilkan salji yang turun dari bahagian atas. Kami boleh lihat dengan mata sendiri bagaimana perasaannya bila salji turun dan terkena pada bahagian tubuh badan kami. Memang seronok sangat seolah-olah berada di luar negara.
Kami juga dibenarkan keluar untuk berehat di bahagian lobi jika tidak tahan sejuk. Setelah beberapa minit duduk di luar, kami boleh masuk semula ke dalam ruangan tersebut. Beberapa kali kami keluar masuk di sana disebabkan kami memang tidak tahan sejuk.
Pasti datang lagi
Selepas hampir 2 jam kami berada di dalam rumah salji tersebut barulah kami keluar. Rasanya memang puas kami bermain di dalam sana sebab masa 2 jam di dalam rumah itu tak sama kalau kita berada di luar. Mungkin tak biasa dengan sejuk, badan cepat jadi penat.
Apa-apa pun ini pengalaman yang sangat bermakna untuk kami semua terutama bagi anak-anak. Mereka nampak sangat gembira. Part paling best, kami tak terus balik. Haha. Sambung pula main permainan kat bahagian luar. Cantiknya suasana i-City waktu malam.
Siapa yang tak pernah sampai lagi, saya sarankan pergilah ke sana. Memang best sangat.
Artikel menarik untuk anda:
TIPS JANA SIDE INCOME BELI RUMAH PERTAMA
Hari ini aku nak share pasal satu topik yang kebanyakan orang muda memang suka sangat. Kira macam aku berkongsi pengalamanlah. Apa yang…... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali bau minyak wangi Creed Aventus
Haritu aku jenjalan dekat mall The Gardens. Siapa yang pernah pergi mall ni mesti tau lah yang kat sini banyak barang-barang branded….... Baca selanjutnya »
Pengalaman pertama kali nampak ‘Diffiuser’ dan berbau sangat wangi
Haritu aku pergi ke showhouse gallery untuk sign agreement rumah yang aku beli. Dalam galeri tu memang dah ada rumah contoh bentuk…... Baca selanjutnya »
3 tempat menarik bawa anak-anak berjalan selepas tamat tempoh kawalan pergerakan
Saya sendiri baru sedar sekarang ini betapa pentingnya kita meluangkan masa bersama dengan isteri dan anak-anak. Perintah kawalan pergerakan yang kita sedang…... Baca selanjutnya »
IMPIAN MEMBELI RUMAH PERTAMA
Lain orang lain impiannya. Bagi aku, memiliki rumah pertama atas nama sendiri merupakan satu hal yang tak pernah aku jangkakan dalam hidup….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions